yah..hari ini aku dpt berjogging dgn jayanya. pgi tdi bangun pukul 5.30 pagi, dpt sms dri mun yg dia x jd nak join aku. erm...semangat sedikit kendur.. try msj amo n ajak dia, but dia keja mlm n x dpt jg nak join. semangat aku mkin jatuh. tpi d sbbkan aku da beli kasut, stoking, t-shirt n track suit baru, aku cuba naikkan smgt aku utk pg jogging wlaupun xda kwn.
dn aku kuar rumah pd jam 6.30pg menuju ke tanjung lipat. smpai kat sana.. wah.. dashyatnya.. sungguh ramai manusia... dn dgn perasaan hampa aku u-turn balik then pg taman dpn wisma pertanian. smpai d sna, wah, dashyatnya.. ramai juga org..
adalah dlm 2-3 minit aku stay dlm krta dan berpikir sama ada nak teruskan niat aku yg suci ni atau balik rumah dn tidur ja. tpi bila terkenangnya muka shena, noy, k.ruby dan k.sar yg konfem2 hari isnin akn tnya "jadilah ko jogging tiq?".... aku pun trus decide utk pg ja..
dan pertama kali jogging, aku telah dpt byk tips berguna yg bole aku share bersama. tapi tips ini adalah utk org2 yg x pernah jogging sblum ini sja.. bagi yg mengamalkan cara hidup sihat itu, sila abaikan ok.
~~~~tip 1~~~~
sila pakai pakaian yg sesuai ok.
yah..aku dgn semangatnya telah beli sehelai track suit dan t-shirt wrna coklat smlm khas utk jogg hari ni. aku pakai sekali sweater kaler itam (yg aku curi dari kakak aku). sewaktu turun dari kereta, baru aku perasan, di manakah harus aku simpan kunci kereta dan hp aku yg agak besar ni???
lalu c bijak pndai ini letakla dlm poket sweater. dan hasilnya, bunyi kling kling yg dihasilkan dari kunci tersebut sebaik sja aku mula jogging amat menyakitkan hati. dn aku rasa sungguh pelik kenapa aku sorang ja yg pakai sweater?
~~~~tip 2~~~~
sila buat senaman ringan atau berjalan2 dahulu sebelum mula berjogging.
dgr ni, senaman ringan adalah benda yg paling penting sebelum mulakan larian. dan percayala, kesan pd tidak melakukan senaman ringan adalah sgt dashyat. belum pun sampai 1 pusingan aku da semput. waktu duduk rehat tu, pandangan aku da berpinar2. dan aku rasa betol2 nak muntah. nsb baiklah perut aku xda isi, so, xda apa yg bole dimuntahkan. masa tu, seluruh bdn kebas dan aku rasa lemas yg teramat sgt. kenapa? sebab aku terus berlari buat pusingan, siap naik bukit lg. dan inilah pdhnya.
~~~~tip 3~~~~
jangan pengsan.
ada ka org yg pengsan sebab berjogging?? jawapannya, ada. dan aku hampir menjadi org terpilih itu. kenapa pula x bole pengsan semasa berjogging? jwpnnya, sebab ia sngt2 memalukan!!!
~~~~tip 4~~~~
jangan hangat2 taik kambing.
soalan cepu cemas...taik kambing itu hangatkah? wah..aku mana tau. kalo nak tau, sila la sentuh taik kambing yg baru keluar dari *tut* kambing itu.. ohoh.. tip ni aku tujukan pd diri sendiri. aku start jog jam 7. mula2 jalan2, then duduk2. then baru lari kejap. tiba2 semput dan mahu pengsan. lalu berhenti dan putus asa. ini adalah tabiat yg sgt tidak bagus. sila jgn amalkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok, tamatlah tips yg boleh aku kongsikan bersama. harap berguna utk diri sendiri. hurm, ini hari pertama aku jog. tak apa, aku maafkan diri aku sendiri. besok aku akan berusaha lgi. (i hope so...). mari semua..kita amalkan senaman dlm kehidupan seharian. :)
No comments:
Post a Comment