Sunday, September 26, 2010

selamat berkenalan

hai nama sy atiq. ops sebenarnya itu cuma nama panggilan. umur rahsia. pekerjaan rahsia. tempat tinggal rahsia. hobi macam-macam. makanan kegemaran macam-macam. minuman kegemaran macam-macam. orang kesukaan byk. kenangan pahit byk. kenangan manis juga byk. ok, tamatlah sudah sesi memperkenalkan diri.

rutin harian sy.. pagi2, bangun solat subuh, bagi kucing makan, iron baju, mandi, bersiap, bersihkan bekas najis kucing, start enjin kereta, buka pagar, masukkan kucing dlm rumah, keluarkan kereta, buka tingkap rumah supaya kucing boleh keluar, cuci tgn sbb tadi pegang kucing, tutup pagar rumah dan memandu dgn penuh cermat ke tempat kerja.

smpai tmpt kerja...tulis nama, on aircond, on pc, tgk emel sekejap, turun ke food court beli breakfast, makan breakfast sambil bercerita dgn ofismate smpai 8.30 pg. pastu morning briefing.. bla bla bla bla.. balik tmpt sendiri buat kerja. kerja sy selalunya terdiri daripada cac, takaful, will, print report, filing, update files, monitor 1st payment dan bla bla bla bla lagi. kalo customer dtg, biasanya akan turun naik utk photocopy dan print mcm2. 4.30 ptg - kerja berakhir. kira duit, buat backup, sambil tunggu burn cd selesai, keluar kejap sama ada ke giant atau mana2 kedai beli barang. balik-burn cd selesai, simpan kunci dlm kabinet, tulis nama, dan memandu balik ke rumah.

sampai rumah...buka pagar, tangkap kucing, masukkan dalam kereta, masukkan kereta ke laman rumah, tutup pagar, keluarkan kucing, bagi kucing makan friskies, mengejutkan nana, mandi, sembahyang, makan, sebelum tidur bagi kucing makan lagi, kemudian tidur.

seawal jam 2-3 pagi, kucing biasanya akan dtg dan minta makanan. jadi turun dlm keadaan mamai, bagi kucing makan, naik balik dan tidur. keesokkan pagi, rutin yg sama berulang balik. bla bla bla bla.. dari hari isnin hingga hari jumaat.hari sabtu dan ahad lain pula cerita. sy akan sambung kemudia di episod kedua.

dan demikianlah ceritanya. selamat berkenalan semua. :)

2 comments: