Wednesday, October 13, 2010

ARMAGEDON 2012

ceritanya bermula begini. kelmarin aku dan ikuk merayau d 1b. singgah di kedai buku Haris, hajat dihati mau beli brg sebiji 2 biji novel. sdg belek2 novel2 tu, terpandang la sebuah buku yg amat menarik tajuknya. Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman. dlm hati 'wth??? sapa lgi yg buduh betul buat buku mcm ni'. then belek2 sekejap buku tu. penulisnya Muhammad Alexander, terbitan PTS Islamika Sdn Bhd. ok, whats on ur mind??? aku berpikir kejap, ni buku ttg apa sebenarnya?? letak balik dan terus tgk novel2 balik.

mangkali ada juga dkt 10-20 kali pusing2 cari novel tapi xda yg berkenan di hati, jadi tiba2 terfikir utk beli buku tadi. yalah, asal ada bahan bacaan. lgipun macam best ja.. aku pun beli la buku tersebut dengan penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu yg mendalam ttg isi buku tu. buku inilah yg aku maksudkan.

smpai ja rumah, mandi, makan, solat dan terus start baca. utk bab pertama, buku ni mengupas ttg review filem 2012. erm, pernah tgk x filem tu? aku x pernah dan x teringin pun. dlm filem tu, drg meramalkan kiamat akan berlaku pada 20.12.2012. wah, very nice number rite? kawen time ni pon bagus gak. senang mau ingat tarikh ulang tahun perkahwinan. ops, tersimpang jauh pula. well, kononnya kiamat akan berlaku pada tarikh tu, sebab pada tarikh tu, bumi, matahari dan planet pluto akan berada di satu garisan lurus. dan bila planet berada dalam garisan sejajar, saat itulah kiamat berlaku? ok. what's on ur mind now?

ini apa yg aku baca dari buku:
Penafian NASA ttg Planet Nibiru - menurut NASA, dakwaan kononya Planet Nibiru @ Planet X (aku x pasti) sdg menuju ke bumi hanyalah satu pembohongan dan jika benar ancaman hentaman planet itu wujud, para ahli astronomi pasti tahu ttg ini sekurang2nya sejalk 10 tahun lepas. berkaitan isu hentaman meteor pd tahun 2012, NASA menjawab bumi sentiasa menghadapi ancaman hentaman komet dan asteroid namun dlm saiz yg kecil. setakat ini, belum ada ancaman asteroid sebesar asteroid yg pernah memusnahkan dinosaur 65 juta tahun dahulu.

buku ni juga mengupas ttg kajian2 saintis dan ahli astronomi sebelum ni. kemudian dikaitkan pula dgn hadis2 dan ayat2 yg terdapat dalam Al-Qur'an. sebenarnya sebelum ni pun, mmg byk ramalan ttg bila kiamat akan berlaku. byk sgt. dan hingga ke hari ini, kita masih berada di bumi ini. sebabnya mudah, kita sebagai manusia mmg x dpt meramalkan masa depan, apatah lagi hari kiamat. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri x tahu bila, inikan kita manusia biasa. cuma Allah saja yg tahu. wallahualam. walauapapun, kita cuma kena bersedia dari awal. x perlu tunggu kiamat utk bertaubat. kiamat itu pasti, dan mati itu pula boleh dtg bila2.

erm, aku nak share sikit apa yg aku dah baca. 10 tnda besar hari kiamat adalah, ad-dukhan (asab/kabut), dajal, dabbah (binatang yg akan kelur dari perut bumi), matahari terbit dari sebelah barat, turunnya Nabi Isa, Yakjuj dan Makjuj, tiga gempa bumi iaitu di timur, bnarat dan semenanjung arab, dan yg terakhir keluarnya api dari Yaman yg membawa manusa ke tmpt mereka berkumpul. bila semua tnda2 ini berlaku, maka itulah saatnya kiamat yg menakutkan.

ad-dukhan ni berlaku bila meteor jatuh menghentam bumi. jatuhnya meteor ini pula bila dajal berleluasa dan mengaku bahawa dialah Tuhan. maka pada masa itulah Allah menghantar meteor utk menghukum dajal. sebelum ni, dajal mempunyai rupa yg sempurna. lepas meteor tu, barulah wajah dia bertukar iaitu bermata 1 dan dahi dia tertulis perkataan KAFIR. akibat hentaman itulah berlakunya asap tebal di bumi. asap tebal inilah al-dukhan iaitu salah satu tanda besar hari kiamat.

byk yg aku nak share sebenarnya, tapi aku sendiri pun tak habis lgi baca buku ni. dan aku rasa, lebih baik baca sendiri. serius aku ckp, buku ni merupakan makanan yg baik utk jiwa dan minda. buku ni hasil kajian berdasarkan fakta2 dari penulisan masa lampau dan fakta2 yg terdapat dari Al-Qur'an dan hadis. sgt menarik sbb terlalu byk perkara yg diluar jangkauan pemikiran aku.

belilah dan bacalah. tak rugi. apalah sangat mau beli buku setakat harga rm34.40 ni kan.. kalau beli majalah hiburan, komik, novel cinta, boleh pula.. takkan buku berbentuk ilmiah pun kedekut? bukan utk siapa pun, utk diri sendiri juga. tapi seriously, bila aku baca buku ni...timbul perasaan takut yg amat. bila terbayangkan saat kiamat tu, aduh... rasa mcm nak pitam. yalah, memanglah takutkan... amalan belum seberat mana. dosa berguni2..

apa2pun, yg penting 1 ja.. jangan sesekali meramalkan masa depan. dan jgn sesekali percaya ttg tarikh 20.12.2012. cuma kita kena sentiasa bersedia. mati itu sesuatu yg pasti. cuma kita yg x tau bila masanya. wallahualam. renung2kan dan selamat beramal. :)

*terima kasih Muhammad Alexander kerana membuatkan aku lebih 'berfikir'.. :)

2 comments:

  1. teringin mo beli ni buku...
    santapan yang baek sebagai bekalan hari depan...

    ReplyDelete
  2. betul betul betul. marilah kita sama2 mengingati mati.

    ReplyDelete