Monday, October 11, 2010

kaki novel??

aku suka membaca. dari dulu aku suka membaca. dan aku sgt feel kalo membaca. aku byk kumpul komik dan majalah tpi x pernah kumpul novel walaupun aku sgt2lah suka baca novel. sejak zaman belajar dulu, aku suka sgt pinjam2 novel dari kwn2 aku yg kaki novel. makcik aku pun kaki novel, so aku tumpang sekaki la.. huhu.. tak pyh susah2 beli novel...

aku ingat lagi novel2 yg best yg aku baca sejak zaman sekolah menengah. Ombak rindu, jendela hati, dan macam2lah (pdhl tu ja yg aku ingat).. antara penulis yg aku cukup suka cara penulisannya adalah aisya sofea, damya hana, anis ayuni dan byk lagi..

aku mmg x pernah beli novel seumur hidup aku. dan 1st novel yg aku beli lebih kurang beberapa bulan lepas. novel Adam & Hawa karya Aisya Sofea. not bad la.. aku suka.. punyalah aku excited nak bagi makcik aku baca, tapi rupa2nya dia ckp novel tu dia dah ada.. novel lama.. hermm...

dan baru2 ni aku ada beli beberapa novel secara on9. dan nilah ni aku nak bagi ulasan sikit. oh ya, ni sekadar pandangan peribadi aku semata2 dan tak ada niat menyinggung perasaan sesiapa.. well.... ni blog aku.. jadi aku bebas tulis pandangan aku kan? huhu.. kita mulakan dgn novel pertama.

1. BIARLAH YM BERBICARA

 sebenarnya sebelum baca novel ni aku ada baca novel kedua penulis ni tajuk Pergilah Air Mata. wah..mmg sgt best. dan aku expect yg lebih dari novel ni. tapi...agak mengecewakan.. cerita ni psl sorang awek yg tangkap cintan ngan org yg selalu dia ym tpi tak pernah jumpa. rupa2nya org tu bos dia.. erm..actually dari awal lagi aku dah boleh agak cerita ni macam mana. yg membosankan, cerita ni sgtlah slow dan tak ada apa2 klimaks atau babak2 yg betul2 menyentuh hati dan sebagainya. aku bagi 2.5/5 ja.

2. AD + IZ

bila baca sinopsis, wah mesti best ni... ceritanya psl kawin kontrak.. ala, stereotype punya cerita. kawin paksa, mula2 benci lepas tu suka. tapi ada halangan. dan begitulah juga dgn novel ni. best mmg best tapi cerita mcm ni mmg dah boleh diagak. erm.. akhirnya hepi ending. well.. of course la kena hepi ending kan.. bahasa yg digunakan bagi aku, ok2lah.. jalan cerita agak bosan dan byk perkara yg kena skip dan menimbulkan persoalan. nak tau kenalah baca sendiri. yg ni aku bagi 3/5.

3. BINI AKU TOMBOY KE?

aku punyalah excited nak baca novel ni coz dah lama rasanya aku x baca cerita psl tomboy. tapi... jalan cerita mengarut dan merepek2. watak yg melampau dan menyakitkan hati. pleaselah!!!!! aku sgt2lah fed up dgn novel ni. benci sgt dgn watak utama novel ni. yg tomboy melampau2. gaya olahan cerita yang...erm.. malaslah aku nak ckp. paham2 sendiri sudah. tpi aku nasihatkan pada semua, baik lupakan saja hajat nak baca novel ni. well, it sucks! aku bagi 1/5 ja.

4. COKE AND SUNDAE

oh..cukup2lah cerita pasal gadis tomboy. aku sgt meluat. tapi novel ni bagi aku taklah seteruk novel di atas. cuma gaya olahan cerita yg bagi aku, sangatlah x seswai..... wah, jelita sgt heroin smpai digilai byk jejaka. buat aku jelak dan nak muntah. dgn gaya yg sgt kasar. oh, sgt melampau! tolonglah.. tak perlulah kan smpai guna bahasa hyperbola. kalau kacak, kacak la berabis. kalau cantik, dialah paling jelita seantero dunia. well, this is one of my regret. cuma boleh bagi 2/5.

5. KAU MILIKKU

 latest novel yg aku baru ja habis baca pagi tadi. ok ok lah.. ada sekali ja aku nangis. cerita ni mcm biasalah, cerita kawin kontrak. hero nak balas dendam utk sakitkan hati heroin. heroin pula sgt baik hati. mula2 benci, tapi akhirnya tangkap cintan. tapi ada halangan iaitu kisah silam heroin. berlakulah pergelutan dan salah faham. kemudian penceraian, penyesalan, cuba kembali menebus kesalahan dan akhirnya dimaafkan dan tamatlah dengan kebahagiaan. sgt biasa kan?? walaupun macam tu, novel ni msh "sedap" dibaca. olahan ayat dan jalan cerita boleh diterima dan kadang2 mampu buat aku senyum sendiri. tak percaya? silalah baca. aku bagi 3.5/5

6. PERGILAH AIR MATA

novel ni aku x beli, aku pinjam dari makcik aku saja. sepanjang baca novel ni, air mata aku tak henti2 mengalir. herm, pergilah air mata... buat malu aku ja.. cerita masih tak lari dari cerita2 sebelum ni. kawin paksa lah.. sebab kena tangkap khalawat. tapi memang best gila2. aku sgt salute dgn heroin yg sgt penyabar dan cool. kalaulah aku berada di tempat beliau mmg kena penampar la hero yg perasan hensem tu. erm.. novel ni aku syorkan pd siapa2 ja sebab mmg best gila. tak boleh ckp byk nnti x suspen pula kan. dan aku yg kedekut ni bagi 4.5/5 utk novel ni. well, congrats! :)


ok, pasni kalau aku ada baca novel baru, aku akan rajin2kan diri untuk mengulas. selamat membaca! :)

5 comments:

  1. yg last 2 sa sokong art...tacing owhh...

    ReplyDelete
  2. PERGILAH AIR MATA n AD+IZ mmg dh bli, mmg best crita PERGILH AIR MATA, best sgt2 n x rugi pun bli..hehe. lg satu JODOH or CINTA, dh bli online aritu tp hampeh, mmg x best lngsung, rugi duit jak.. baik jgn bli, bosan jgk crita tu.

    ReplyDelete
  3. wah, nasib baik!! baru ja mau beli jodoh @ cinta..kensel!

    ReplyDelete
  4. salam..
    ak suggest kt ko...
    bce la novel :
    - Aa+Bb oleh Hlovate (Jemari Seni Pub.)
    - Curahan cinta niagara oleh Maya Iris (PTS pub.)
    - tunas oleh Hlovate (Jemari Seni pub.)
    - Denyut Kasih Medik oleh Dr Farhan Hadi (Telaga Biru sdn.)
    - Andai itu takdirnya oleh Siti Rosmizah (Buku Prima)
    - Lafazkan Kalimah Cintamu oleh Siti Rosmizah (Buku Prima)

    ReplyDelete