Friday, December 31, 2010

menuju puncak

mendaki gunung kinabalu merupakan pencapaian peribadi terbaik aku setakat ni. actually aku sgt kagum dgn diri aku. sbb aku sendiri tak pernah sangka yg aku akan sampai ke sana.. aku dan saudara-mara aku mendaki gunung kinabalu last saturday. actually sebelum pendakian, aku dah rasa mcm nak muntah. serius shit amat takut tak berdaya..

kami sampai di National Park kira2 pukul 8 pagi. selepas urusan pendaftaran, guide, potter, walking stick dan breakfast, kami terus ke pondok Timpohon utk memulakan pendakian. sblm mula mendaki, kami buat sedikit renggangan utk memanaskan badan. dan tepat 9.30pagi, kami mula bergerak meninggalkan pondok timpohon.
di pondok timpohon bersama rombongan ekspedisi

awal pendakian, aku leading. trek mendaki di tengah2 hutan, tiada pemandangan lain selain hutan belukar. sekitar 50 meter pertama, ada air terjun yg cantik. mula2 aku rasa ok, tp satu demi satu memintas aku dan akhirnya aku jadi org paling last. dan sekitar 700 meter, aku give up. serius shit masa tu aku betul2 dah x larat. aku x boleh bernafas, tekak rasa loya dan nak muntah, kaki aku menggiggil hebat dan pandangan aku berpinar2. masa tu dlm kepala aku cuma nak turun balik ke timpohon. aku tau yg aku takkan larat teruskan perjalanan. tapi berkat motivasi yg diberikan mountain guide serta kak marlina dan kak kamisah, aku dpt teruskan hingga ke pondok pertama.

aku berehat di pondok pertama sekitar 3-5 minit dan kemudian teruskan perjalanan. perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 1 jam utk 1 km. aku sampai di pondok kedua kira2 pukul 11 pagi. makan beberapa keping coklat, then teruskan pendakian. pendakian utk 2 km pertama lebih kepada tangga yg semakin lama semakin curam.

nampak mudah.. tpi sebenarnya sgt memenatkan. km2.5

nasib kami agak baik hari tu sbb cuaca baik dan x hujan. syukurlah. jauh dari timpohon ke laban rata ialah 6km. nmpk seperti dekat saja kan. tp bila mendaki, sgt terasa jauhnya. di pondok ketiga singgah berehat dan mkn roti dan sebiji telur rebus. sempat jg bg makan tupai tanah. aku x tau yg lain berada di mana. masa tu, aku sorang ja. yg di depan sudah semakin jauh tinggalkan aku. yg di belakang, sudah semakin jauh aku tinggalkan mereka.

oh sudah separuh jalan rupanya! yahoo...

sekian lama mendaki sendirian, akhirnya aku jumpa anis dan ikin di pondok keempat. oh yeah.. finally kan! aku ingat drg dah sampai, rupanya masih dlm perjalanan jg.. oleh kerana aku sedar diri yg aku lambat, aku duluan jalan dri dorang. dan seperti yg aku agak, tak lama lepas tu, dorang potong aku balik. wahaha.. ni bukan pertandingan sapa cepat sebenarnya. tp aku tak mau ketinggalan jauh. 

  aku bukan berlakon. aku mmg separuh mati menahan penat. serius.

pendakian semakin curam dan menyakitkan hati. di km 4 merupakan trek yg sgt mencabar iaitu jalan batu2 kuning. aku tak sempat ambil gmbr sebab terlalu penat. semakin tinggi aku mendaki, cuaca semakin sejuk. pemandangan pula semakin cantik. sekali-sekala terserempak dgn pendaki2 yg turun. ada jg yg ramah dan memberi semangat. di pondok seterusnya aku jumpa balik ikin, anis, kakak dan suprise..ayum!! haha.. dan ayum lah teman aku sepanjang km 5 hinggalah tiba ke gunting lagadan.

di km 4.5. credit given to nina (our potter) yg tlg ambil gmbr ni

tupai tanah yg boleh ditemui sepanjang pendakian terutama di pondok. dan mereka pandai meminta makanan!

km 5. trek batu sungai yg besar2. sgt memenatkan utk mendaki. nun di bwh sana ialah ayum yg kepenatan.

km 5.5. kabus semakin tebal. suhu semakin rendah. pemandangan semakin indah. and of koz lutut semakin longgar.

setelah lebih 5 jam mendaki, akhirnya aku dan ayum sampai di laban rata sekitar pukul 4 ptg. masa tu hujan sdh mula turun renyai2. aku dan ayum singgah berehat di laban rata. serius shit baru sedar tahap kelaparan yg teramat. lepas rehat2 jap, dan pakai baju hujan (hujan semakin lebat), kami teruskan pendakian utk ke gunting lagadan (hostel tmpt menginap). aku ingatkan dekat, tpi masya-allah...jauhnya lagi....! tingginya tangga ke hostel tu.. tp syukurlah akhirnya sampai setelah bersusah pyh. 

tmpt penginapan kami agak menarik. tak seteruk yg aku sangkakan. ada katil, selimut, selipar, dapur siap dgn peralatan, dan tandas yg bersih. cuma xda heater. so, setiap kali ke tandas, aku akan masak air. haha.. gosok gigi pun guna air panas. serius shit sgt sejuk. suhu pd waktu malam mencecah 8 darjah celcius. petang tu kami turun ke laban rata utk makan malam. nice food. nice view. 

pemandangan di luar restoran laban rata. did u see the waterfall? cantik kan? (pict taken from ikin's album)

makan mmg sedap tpi bila tiba masa utk pulang semula ke hostel mmg menyakitkan hati. aduh, daku tak sanggup mendaki tangga itu lagi! dan atas sebab itulah kami semua berpakat utk tidak turun sarapan hari esok.

mendaki tangga ke gunting lagadan. sgt memenatkan. (pict taken from ikin's album)

suhu pada waktu malam mencecah 5 darjah celcius. aku x tipu, sgt sejuk!

bermalam di gunung mmg x membuatkan aku teruja langsung. walaupun dilapisi 3 helai baju tebal, 2 helai seluar, 2 pasang stoking, sarung tangan dan selimut yg tebal, kesejukkan masih terasa. apatah lagi dgn kaki yg masih sakit akibat mendaki seharian. pukul 1.30 pagi, kami bangun dan bersiap sedia utk mendaki ke puncak. oleh kerana malas turun ke laban rata utk sarapan, kami makan megi (yg dibeli dgn harga rm3 sebungkun di laban rata) dan makanan2 yg ada. 

magie mmg sedap dimakan ketika penat, lapar dan sejuk. tpi langsung x memberi tenaga.
lepas makan dan dibebel oleh azman stupid yg marah sbb ada antara kami yg x bwa headlight, kami memulakan pendakian ke puncak sekitar 2.45 pagi. cuaca yg melampau sejuknya mmg sgt mencabar aku. hinggakan ada ketikanya aku terpaksa merangkak utk teruskan pendakian. semakin jauh pendakian, suhu semakin rendah dan nafas aku mula tercungap2. kepala aku sakit seperti masuk angin, tangan dan kaki aku bergegar, pinggang mulai sakit dan tekak mula terasa loya. setelah berfikir sedalam2nya ttg keburukan utk teruskan (termasuk hasutan dan ugutan jahat azman si mountain guide), akhirnya aku ambil keputusan utk tidak teruskan pendakian. masa tu baru lebih kurang 500 meter dari gunting lagadan.

aku turun seorang diri, balik ke hostel. sepanjang perjalanan turun, timbul pula rasa menyesal sebab mengalah terlalu awal. tapi masa tu dah terlambat, aku tak kan dpt kejar yg lain lagi.. dan akhirnya aku pasrah. sekitar pukul 8.30 pagi, dorang yg lain mula turun. berita dari ebby, ikin, kakak dan nisa pun terkandas di sayat2, sedangkan cuma sekitar 1 km lagi utk ke puncak. tapi xapalah, apa boleh buat kan.. at least sudah cuba sedaya upaya. walaupun tak sampai ke puncak, aku tetap berbangga dgn diri aku.. 

mula2 masa mendaki, aku sgt menyesal ikut ekspedisi ni. pada aku "tiada penyakit cari penyakit". tapi lepas tu, aku rasa ni merupakan salah satu pengalaman dan kenangan yg paling berharga dlm hidup aku. pada aku, utk buat sesuatu, segalanya terpulang pada kehendak dan kesungguhan diri sendiri. walaupun sebelum ni aku pernah ckp utk tidak naik lagi, tapi bila dikenang2 semula, aku rasa sgt x puas hati x sampai ke puncak. dan aku yakin ini bukan pendakian aku yg terakhir. gunung kinabalu, tunggu kedatanganku kembali!

ok... sila nikmati gmbr2 pemandangan yg cukup indah d puncak kinabalu.. aku kidnap gmbr2 ni dari album ikebal, ikin dan mereka2 yg sampai ke puncak. anyway, tahniah semua! :)

mentari yg baru memunculkan diri...


puncak kinabalu...


mereka2 yg berjaya menawan puncak kinabalu


cantik kan??


umpama sebuah lautan...



mereka yg kesejukan..huhuhu




dan itu saja! insya-allah jika tidak ada aral melintang, aku akan kembali cuba utk menawan puncak kinabalu pada jun 2011. kali ini dgn sedikit pengalaman yg ada, aku tak akan terlalu mudah mengalah. ada sapa2 mau join??

Tuesday, December 21, 2010

patah hati

sungguh aku patah hati. rasa kesedihan ini mmg x tertanggung lagi. air mata yg mengalir tanpa henti cukup membuktikan rasa sedih yg teramat ini. tapi aku pasrah. sekali lagi aku yakin setiap apa yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. cuma aku agak terkilan kerana membiarkan dia kaku di situ semalaman. aku terkilan sebab aku tak mencari dia seperti selalu. aku terkilan sebab aku cuma memanggil dia dari rumah dan x keluar langsung meninjau2 di manakah dia. tapi semuanya dah terjadi. apa yg pasti, dia tak akan kembali lagi..







bye lapi.. i'll gonna miss u much.. T_T

Wednesday, December 15, 2010

bowling. back pain. x5. laptop. nami.

hujung minggu lepas aku ke kl, ikut bowling tournament anjuran kobimbing. team aku, - kak salmah, kak yati, noy dan aku. kmi bertolak malam hari jumaat. sampai ja d lcct, terus naik bas ke kl sentral. d kl sentral, ada kwn kak salmah tunggu, bila masuk kereta dia, aku rasa mcm familiar.. oh, miza rupanya! bimb investment.. aku ada jumpa dia last course d kuching hari tu.

miza terus bawa ke hotel utk cek in. peliknya kami berempat x tinggal d hotel yg sama. aku & noy d palace, kak sal dan kak yati pula d kl international hotel. apa kejadahnya aku pun x tau. so, miza hntr aku dan noy cek in dulu, then baru ke hotel yg 1 lagi. pas cek in singgah makan. aku x pasti d mana, tp around kl international hotel tu jg. aku order mihun sup memandangkan malam dah semakin larut dan sejuk. ok ok lah... not to bad. lepas makan miza hntr ke hotel dan agenda seterusnya ialah tidur.

the next day. aku dgn excitednya bangun awal dan menganggu tidur noy. lepas mandi ari sejuk (pemanas air rosak!!) aku ajak noy breakfast dulu di bwh. sementara tunggu dia mandi pula, aku bersiap2. dan saat inilah semuanya bermula. sdg sibuk berbedak, tb2 rasa sakit yg teramat d belakang bdn. aku cuba duduk tp bertmbah sakit. serius shit sgt skt. aku x tau berapa lama aku bergolek2 d katil cuba legakan kesakitan dan berharap bila aku bangun, sakit aku tu hilang. tp semua ttap sama. aku kesian tgk noy menunggu lama, jd aku kuatkan diri utk turun breakfast dan thn skt tu. malangnya sampai ja d lobi, aku x dpt berjalan lgi. sakit yg teramat sakit utk mmg menyakitkan. kesian noy, terpksa dia menapaukan breakfast kami sementara aku balik semula ke bilik.

aku bergolek lagi d katil dan masa tu serius shit aku hrp sgt aku sdg mimpi. kecewa, sakit hati, marah, terkilan, semua ada. dlm otak aku time tu, kenapa sakit ni dtg masa2 begini???sepatutnya aku dan noy janji utk jumpa kak sal dan kak yati d bangunan sme. tp memandangkan sakit aku menghalang aku utk berdiri, apatah lagi berjln, drg dtg naik teksi utk ambik aku. terus direct ke ou. dlm teksi, aku rasa ok sikit sbb aku duduk membongkok. tp serius shit bila keluar ja dari teksi, aku rasa mcm aku sdg ditikam berjuta2 pisau d blkg. kdg2 mengalir jg air mata aku menahan sakit. by the way, terima kasih noy... terima kasih kak salmah... terima kasih kak yati.. sebab x tinggalkan aku dan bersusah pyh memapah aku.. huhuhu..

pendekkan cerita, akhirnya dgn bantuan team aku yg sgt baik, akhirnya kami smpai jg d u-bowl walaupun ambil masa yg lama. masa tu, aku dan bole berdiri sikit2. tp msh x mampu utk bergerak bebas. so, sepanjang tournament tu, aku cuma memerhati. kesian kan? sakit betul hati aku time tu. aku tak boleh nak angkat bola bowling langsung. apatah lgi utk baling. so, drg terpaksa cover turn aku. apa bole buat kan.. taik kambing bulat2...

dan seperti yg dijangka, team kami dpt saguhati. of kozlah kan. tapi sekurang2nya bkn paling rendah. so selesai tournament & makan d burger king, bermulalah sesi bermansau. miza drop d depan sogo. masa tu aku rasa sgt2 lega sbb aku dah boleh berjalan sendiri. walaupun sakit msh ada, tp aku boleh tahan. hari sabtu, jadi ada pasar malam d jalan tar. dlm otak aku dah set mau beli tudung2. berjalan punya jalan punya jalan punya jalan, dan di saat itulah jg sesuatu berlaku. yeah, hp aku yg disayangi telah dicopet dgn jayanya. kurang asam betul.. baru lagi tu aku beli last month! nasib baik x mahal... adoi...

masa tu aku betul2 dah pasrah. give up. sebab once aku sdar hp aku dah xda, aku tau yg aku mmg xkan dpt balik. dan itulah apa yg berlaku. masa tu terus teda mood mau beli apa2 lgi. aku cuma tgk semua benda dgn pandangan kosong walaupun hakikatnya sgt menarik. lepas tawaf d jalan tar, miza bawa kami ke uptown. sana pun tawaf lagi. sesekali bila nampak gerai jual casing hp, hati aku rasa mcm ditikam sembilu. wah, pdhl x tau pun mcm mana rupa sembilu tu...

lepas sesi mansau, miza bwa ke restoran yusuf haslam. aku pesan laksa. tp mungkin cuma suku ja yg luak. bkn sebab x sedap, tp sbb mood aku yg dah dispoiledkan dgn semua perkara yg x dijangka hati tu. lepas makan terus ke hotel msing2. di hotel aku berteleku dan fkr balik ttg semua yg jadi. sakit hati ni tuhan sajalah yg tahu. tp aku yakin setiap apa yg berlaku tentu ada hikmahnya. jadi aku pasrah.

aku sampai di rumah hari ahad tu dlm jam 10 malam. the next day aku try on laptop aku tp x dpt. mcm manapun aku try, tetap x dpt. kesian betul laptop tebal aku ni. so atas sebab tulah aku bawa ke service centre utk tgk apa yg rosak. dan yg rosak ialah motherboard. motherboard?? haha.. dan kos membaiki? dgn selamba pekerja kedai tu ckp dlm rm600++. ok, terima kasih! nntilah aku pikir2 dulu sama ada mau baiki atau mau lempar saja laptop ni d sawah. sedih!

dan semalam juga masa aku sdg enak2 makan depan tv, aku dgr seseorang telefon nana. dan berita yg disampaikan buat aku sentap sekali lagi. nami dilanggar dan mati. kepalanya pecah. omg. aku speechless dan cuma air mata saja yg berlinang. aku terus ke luar ambil lapi dan peluk dia erat2. selamat tinggal nami. selamat tinggal kucing bertuah.

dan hari ini, aku bangun dgn mata yg bengkak. sebengkak hati aku. tapi aku tahu, setiap apa yg berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

Monday, December 6, 2010

try test - tag???

kah kah kah... apakah ini? aku pun tak tau. tp bila tgk entry d blog c mun, tiba2 tersuka. bah, apa lgi, mari kita tgk jawapannya. dari siapapun entry ni, aku x pasti. jnji jawab. ceh.
 
1. Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan bagi specific nama makanan tersebut

-laksa, sup ayam, burger daging

2. Dua Jenis air yang korang suka

- kichai ping, jus oren

3. Which type of food yang korang perefer..
pilih tiga..( malay,chinese,japanese,western,italian,maxican,arabian ) ?

- malay, malay, malay (sori beb, aku org melayu. makanan lain tak lalu tokak den..huhuhu)

4. Apakah makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain tak yah tengok resepi tp at the same time bile org lain rasa die akan ckp "wah"! giler sedap

-ayam masak madu yg diperam dgn bermacam2 bahan. wah! bila teringat pun boleh terliur. nmpk sgt sedap tu..........huhuhu

5. Semahal mana korang bayar untuk makanan korang ?
 
-makan d hotel apa ntah namanya tu. rm65 utk hidangan yg erm... (sedap lagi mak aku masak! serius shit tak berbaloi!)
 
6. Beri nama restoran favorite dan apa makanan kat si tu paling sedap ?

-Restoran Sri Keningau di Keningau - soto ayam

7. Ayam, kambing,lembu,itik,burung puyuh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak. mana satu yang korang suka?? kalau korang ada suka yg lain aku xlist, bagitau je la..

- ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, rusa. pendek kata semua aku balun. yg lain belum pernah try. kalo sedap mmg balun juga.

8. Restaurant / cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? dan mkn/mnuman apa??kalau korang ingat la,,

-dewan makan masa di asrama u. menu yg dihidang la. entah apa sudah lauk time tu.

9. Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? kenapa?

-apa kes mau remind2. tedalah. pegi mampus dia dgn makanan fevretnya tu.

10. Kalau pergi umah orang, korang berharap org tue hidang apa?

-of koz air sejuk, berais. sgt best kalo dihidangkan coklat/cheese cake. serius shit x malu!

11. Makanan yang korang memang xblh nak telan langsung, samada x sedap/tekak korang kembang.

- spagethi. tengok, eja pun nda tau. dan lagi satu, makaroni. 

12. Menu hari raya yang paling disukai..

-sgt banyak. paling suka sup tulang.

13. jajan/cekedes favorite ?

-chezzel. dan semua jenis keropok keju.

14. Beri 2 makanan yang korang masak yang korang suka

- mihun goreng dan sup sayur. serius shit sgt sedap.

15. Makanan paling pedas yang pernah korang rasa.. sapa masak ? 

- devianna murang punya sambal. mak dia masak. berapi woo kalo makan, tp sgt sedap! (dev, kalo ko terbaca ni, sy hrp ko phm mksud sy.. erm..kirim2lah sikit..)

16. Korang kalau jumpa org yg tag ni, apa agaknya korang nak hidang/ belanja?

-skip dis question. haha

17. Sila tag 5 org n paksa mereka buat tag ini...
 
-tidak tau mentag. jdi sapa mau buat. buat sajalah. tiada paksaan dlm menulis. yipi.

harry potter

fuh... baru habis baca buku ni. aku x pasti bila kali pertama aku baca... tapi lepas tgk filem harry potter hari tu, hati aku membuak2 utk cari, beli dan baca balik buku ni. sbb hampir keseluruhan cerita buku ni aku ingat2 lupa. hari ni aku terbaring sepanjang hari dan masuk dalam dunia magik seketika. mmg sgt memuaskan. buku2 harry potter, walau berapa kali pun aku baca, tetap mendebarkan dan membuat aku teruja.

tapi tiba2 rasa agak sebal bila mengenangkan selepas ni tiada lagi sambungan cerita harry potter. ni last book dari J.K.Rowling utk sekuel harry potter. well, wajarlah kan.. bg aku J.K Rowling mmg antara penulis yg terbaik dan terulung. seingat aku, filem HP pertama ditayangkan masa aku form 4. erm yg ni..

masa ni harry masih comel. begitu juga dgn ron. hermaoine pula masih serabai aku tgk. sgt teruja tgk filem ni. tapi bila baca novel, wah... lagilah teruja. pada aku, siapa2 yg suka filem HP tapi x pernah baca buku HP mmg sgt tak relevan. well, cerita dlm buku lagi details dan lagi seronok berbanding apa yg difilemkan. dlm filem, terlalu byk yg di skip dan di ubah. feeling masa baca buku dan tgk filem sgt berbeza. tpi sebagai die hard fan HP, aku tetap suka kedua-duanya. filem dan buku. aku suka watak2 yg terdapat dlm cerita HP ni... selain 3 watak utama iaitu harry, ron dan hermione, aku sgt suka pd watak Sirius Black yg muncul di siri ketiga. Harry Potter & The Prisoner of Azkaban.

dan oleh sbb itulah antara tujuh episod cerita HP, aku paling suka siri ke-3 ini for both book & film. black mmg kacak dan aku suka sgt penjelmaan dia sbgai anjing hitam yg besar. malangnya black mati di episod kelima, Harry Potter & The Order of Phoenix ditembak oleh Bellatrix guna sumpahan Avada Kedavra. aku rasa babak di mana black mati dan harry meluru cuba dptkan black adalah yg paling emosi sekali.

sebut psl watak2, aku yakin semua die hard fan HP tntu kenal keluarga Weasley, profesor2 hogwarts, death eaters, pelajar2 hogwarts, pasukan Quidditch harry, dumbledore's army, dobby & kreacher si elf rumah, griphook si goblin, hedwig, dan byk lagi.. dan of koz keluarga dudley. dan dlm byk2 watak HP, watak perempuan kodok ni sgt menjengkelkan aku.
oh, sudah tentulah dolores umbridge. watak ni muncul dlm siri ke-5. Harry Potter & The Order of Pheonix. serius shit sgt menyakitkan hati watak ni. tapi bila baca dlm buku, aku rasa watak umbridge yg digambarkan jauh lebih hodoh dari dlm filem. umbridge digambarkan gempal, pendek, dan bermuka seperti kodok. kodok? huhuhu..

selain dari watak dan jalan cerita yg menarik, aku jg sgt suka dgn mantera2 sihir dlm HP. seperti "wegardium laviosa", "expeliarmus", "expecto patranus", "crucio", "stupefy", "sectumseptra", "obliviate", "protego totalum",dan paling epik sekali tentulah "avada kedavra". well, kalo korang die hard fan HP, tentu korang sgt jelas dan tahu mantera2 ni utk apa kan...ada byk lagi sebenarnya... yg pasti, aku dah tak berapa ingat.


regonize dis place? well, nilah privet drive yg digambarkan dlm filem HP. tmpt di mana harry dibesarkan oleh keluarga dudley. byk tmpt menarik dlm HP sebenarnya. hogwarts, hogsmeade, the burrows, godric's hollow, azkaban, dan byk lagilah.. gmbr dlm filem mmg sgt menarik. aku suka tangga dlm istana hogwarts yg boleh bergerak sendiri dan bertukar2 arah. aku suka gambaran grimmauld place, rumah sirius black yg terletak d tgh2 rumah muggle dan mcm2 lagi. serius shit bila mengenangkan HP sudah berakhir, aku sgt sedih..

tapi aku rasa hepi jg sbb cerita harry potter berakhir dgn happy ending. live happily ever after.. harry kahwin dgn ginny, ron kahwin dgn hermione. walaupun byk watak yg dimatikan seperti black, dumbledore, snape, fred, lupin, tonks, collin, mad-eye..tapi akhirnya voldemort mati juga. aku sgt suka kebijaksanaan dumbledore yg mengatur srategi yg mengangumkan. seperti mana hermaoine yg sgt pandai berfikir dan membuat tafsiran ttg apa yg ditinggalkan oleh dumbledore.

Harry Potter & The Deathly Hollows part 2 akan berada di pawagam julai tahun depan. sgt teruja utk tgk. lepas ni aku mesti rindu utk baca buku dan tgk lagi filem2 harry potter. well, watak2 harry potter pun membesar jga kan.. rasa rindu tgk harry yg masih kecil, pendek, comot dan inoocent.

apa2pun, harry potter tetap yg terbaik sepanjang zaman. one of my favorite books & films. selamat tinggal harry potter. :)
ron with his rat - scabbers @ peter pettigrew

fred & george weasley - draco malfoy.. luv them!

si cantik dan bijak hermione

 luna lovegood - i like her! weird but smart n luvly...:)

dobby yg mula2 annoying tp lama2 nmpak lucu & comel sikit...

bellatriz lestarange. the killer of sirius black

last but not least. the ugly lord voldemort. not so smart, not so stupid. but of course, annoying!

Friday, December 3, 2010

hati menangis

jumaat yg mulia hari ni disambut dgn kata-kata sinis yg sgt melukakan hati. serius shit aku ckp, sgt melukakan hati. sampai adalah sorang staff ckp ngan aku, "kalau aku la kena ckp mcm tu, menangis sudah woo..". tapi aku masih cool dan chantek seperti selalu. tapi hibanya hati ini Tuhan saja yg tahu. hati aku menangis sendiri. ya, yg pasti hari ni aku terluka.

lidah umpama sebilah pedang yg tajam. ada juga pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa." pada aku, sebelum berkata sesuatu, fikir2lah dahulu. jgn diikutkan sgt perasaan yg sedang membuak penuh kemarahan. jgn cuma tgk keburukan dan kesalahan org lain. sbb 1 perkara kecil, aku dituduh dgn satu tuduhan yg tak berasas dan sgt mencabar maruah aku. serius shit. sgt menyakitkan hati. hati aku menangis. siapa yg tahu??

aku cuma boleh telan semua kata-kata yg telah dihamburkan pada aku tadi. mungkin ada yg hairan kenapa kali ni aku tak menangis lagi mcm selalu. sebabnya mudah, aku sudah penat. kadang2 bila kita menangis, kita hanya akan memburukkan keadaan. dan kadang2 air mata itu tak berguna pun utk dibazirkan. bukankah aku sebelum ini cuba utk menjadi seorang yg lebih matang dan tabah? jadi, inilah cabarannya...

tak apalah. teruskanlah. suka hati kalian lah. buatlah semahu kalian. katakanlah sesuka hati kalian. tudinglah semua kesalahan pada aku. bebankanlah semuanya atas bahu aku. aku masih ada mereka. mereka yg sentiasa ada dgn aku. mereka yg sentiasa bersedih dan bergembira dgn aku. yg penting, aku masih ada mereka. aku tidak sendirian.

terima kasih kerana melukakan hati ini. terima kasih kerana mengguris hati dan perasaan ini. terima kasih kerana membuat aku sedar bahawa akulah punca segalanya. thanks a lot. well, u can put all the blame on me. i'm guilty. ok, puas hati kalian??

tak apalah atiq. mungkin semua ini ada hikmahnya. tapi serius shit (serius shit aku sgt heran kenapa aku sgt suka sebut dan tulis perkataan ni!) lepas ni aku tak akan bercakap dan insan itu lagi. dan aku akan terus berdiam. diam yg mungkin akan menyakitkan hati dia pula nnti.

Wednesday, December 1, 2010

december

apa yg pasti, dis month will not gonna b my month. aku penat tak habis dgn benda alah satu ni. serius shit sgt annoying. rasa2 sejak dari bulan 6 lagi smpailah hujung tahun ni masih tak habis2. fed up sgt2. ayo amma appa.. help me... berkoyan2 benda aku try, berkoyan2 expert aku jumpa, result ttp sama. n for sure, u have no idea what i'm talking about rite? so, abaikan.

disember maknanya pmd. pmd maknanya bonus. bonus maknanya ciput. ciput sbb apa, sebab cac yg tolol dan bangang tu. ok. sekali lagi for sure, no one will know what the hell i'm talking about. and again, just ignore it. when to do, what to do, i don't know.

serius shit sgt byk perkara dlm kepala otak aku dan dorang tgh bersesak2 skrg. bila bagaimana di mana macam mana dan semua jenis pertanyaan ada. macam rojak basi. macam2 dan tidak sedap. sangat annoying dan menyakitkan hati.

tolong aku. tolong huraikan kekusutan ini. apa yg kusut aku sendiri tak tahu. yg pasti aku sgt fed up, kecewa, dukacita, menyampah, sakit hati, malu dan mcm2lah lagilah yg sukar digambar dgn kata-kata. ya disember, berlalulah dikau dgn cepat. benci aku. boleh kan kita lompat pegi januari ja? pls!!!!!