Wednesday, December 15, 2010

bowling. back pain. x5. laptop. nami.

hujung minggu lepas aku ke kl, ikut bowling tournament anjuran kobimbing. team aku, - kak salmah, kak yati, noy dan aku. kmi bertolak malam hari jumaat. sampai ja d lcct, terus naik bas ke kl sentral. d kl sentral, ada kwn kak salmah tunggu, bila masuk kereta dia, aku rasa mcm familiar.. oh, miza rupanya! bimb investment.. aku ada jumpa dia last course d kuching hari tu.

miza terus bawa ke hotel utk cek in. peliknya kami berempat x tinggal d hotel yg sama. aku & noy d palace, kak sal dan kak yati pula d kl international hotel. apa kejadahnya aku pun x tau. so, miza hntr aku dan noy cek in dulu, then baru ke hotel yg 1 lagi. pas cek in singgah makan. aku x pasti d mana, tp around kl international hotel tu jg. aku order mihun sup memandangkan malam dah semakin larut dan sejuk. ok ok lah... not to bad. lepas makan miza hntr ke hotel dan agenda seterusnya ialah tidur.

the next day. aku dgn excitednya bangun awal dan menganggu tidur noy. lepas mandi ari sejuk (pemanas air rosak!!) aku ajak noy breakfast dulu di bwh. sementara tunggu dia mandi pula, aku bersiap2. dan saat inilah semuanya bermula. sdg sibuk berbedak, tb2 rasa sakit yg teramat d belakang bdn. aku cuba duduk tp bertmbah sakit. serius shit sgt skt. aku x tau berapa lama aku bergolek2 d katil cuba legakan kesakitan dan berharap bila aku bangun, sakit aku tu hilang. tp semua ttap sama. aku kesian tgk noy menunggu lama, jd aku kuatkan diri utk turun breakfast dan thn skt tu. malangnya sampai ja d lobi, aku x dpt berjalan lgi. sakit yg teramat sakit utk mmg menyakitkan. kesian noy, terpksa dia menapaukan breakfast kami sementara aku balik semula ke bilik.

aku bergolek lagi d katil dan masa tu serius shit aku hrp sgt aku sdg mimpi. kecewa, sakit hati, marah, terkilan, semua ada. dlm otak aku time tu, kenapa sakit ni dtg masa2 begini???sepatutnya aku dan noy janji utk jumpa kak sal dan kak yati d bangunan sme. tp memandangkan sakit aku menghalang aku utk berdiri, apatah lagi berjln, drg dtg naik teksi utk ambik aku. terus direct ke ou. dlm teksi, aku rasa ok sikit sbb aku duduk membongkok. tp serius shit bila keluar ja dari teksi, aku rasa mcm aku sdg ditikam berjuta2 pisau d blkg. kdg2 mengalir jg air mata aku menahan sakit. by the way, terima kasih noy... terima kasih kak salmah... terima kasih kak yati.. sebab x tinggalkan aku dan bersusah pyh memapah aku.. huhuhu..

pendekkan cerita, akhirnya dgn bantuan team aku yg sgt baik, akhirnya kami smpai jg d u-bowl walaupun ambil masa yg lama. masa tu, aku dan bole berdiri sikit2. tp msh x mampu utk bergerak bebas. so, sepanjang tournament tu, aku cuma memerhati. kesian kan? sakit betul hati aku time tu. aku tak boleh nak angkat bola bowling langsung. apatah lgi utk baling. so, drg terpaksa cover turn aku. apa bole buat kan.. taik kambing bulat2...

dan seperti yg dijangka, team kami dpt saguhati. of kozlah kan. tapi sekurang2nya bkn paling rendah. so selesai tournament & makan d burger king, bermulalah sesi bermansau. miza drop d depan sogo. masa tu aku rasa sgt2 lega sbb aku dah boleh berjalan sendiri. walaupun sakit msh ada, tp aku boleh tahan. hari sabtu, jadi ada pasar malam d jalan tar. dlm otak aku dah set mau beli tudung2. berjalan punya jalan punya jalan punya jalan, dan di saat itulah jg sesuatu berlaku. yeah, hp aku yg disayangi telah dicopet dgn jayanya. kurang asam betul.. baru lagi tu aku beli last month! nasib baik x mahal... adoi...

masa tu aku betul2 dah pasrah. give up. sebab once aku sdar hp aku dah xda, aku tau yg aku mmg xkan dpt balik. dan itulah apa yg berlaku. masa tu terus teda mood mau beli apa2 lgi. aku cuma tgk semua benda dgn pandangan kosong walaupun hakikatnya sgt menarik. lepas tawaf d jalan tar, miza bawa kami ke uptown. sana pun tawaf lagi. sesekali bila nampak gerai jual casing hp, hati aku rasa mcm ditikam sembilu. wah, pdhl x tau pun mcm mana rupa sembilu tu...

lepas sesi mansau, miza bwa ke restoran yusuf haslam. aku pesan laksa. tp mungkin cuma suku ja yg luak. bkn sebab x sedap, tp sbb mood aku yg dah dispoiledkan dgn semua perkara yg x dijangka hati tu. lepas makan terus ke hotel msing2. di hotel aku berteleku dan fkr balik ttg semua yg jadi. sakit hati ni tuhan sajalah yg tahu. tp aku yakin setiap apa yg berlaku tentu ada hikmahnya. jadi aku pasrah.

aku sampai di rumah hari ahad tu dlm jam 10 malam. the next day aku try on laptop aku tp x dpt. mcm manapun aku try, tetap x dpt. kesian betul laptop tebal aku ni. so atas sebab tulah aku bawa ke service centre utk tgk apa yg rosak. dan yg rosak ialah motherboard. motherboard?? haha.. dan kos membaiki? dgn selamba pekerja kedai tu ckp dlm rm600++. ok, terima kasih! nntilah aku pikir2 dulu sama ada mau baiki atau mau lempar saja laptop ni d sawah. sedih!

dan semalam juga masa aku sdg enak2 makan depan tv, aku dgr seseorang telefon nana. dan berita yg disampaikan buat aku sentap sekali lagi. nami dilanggar dan mati. kepalanya pecah. omg. aku speechless dan cuma air mata saja yg berlinang. aku terus ke luar ambil lapi dan peluk dia erat2. selamat tinggal nami. selamat tinggal kucing bertuah.

dan hari ini, aku bangun dgn mata yg bengkak. sebengkak hati aku. tapi aku tahu, setiap apa yg berlaku, ada hikmah di sebaliknya.

1 comment:

  1. owh..kesiannya ati..malang yang bertimpa2..tapi insyaAllah lepas ni perkara baik pula yang akan mengganti..insyaAllah..

    ReplyDelete