Friday, December 3, 2010

hati menangis

jumaat yg mulia hari ni disambut dgn kata-kata sinis yg sgt melukakan hati. serius shit aku ckp, sgt melukakan hati. sampai adalah sorang staff ckp ngan aku, "kalau aku la kena ckp mcm tu, menangis sudah woo..". tapi aku masih cool dan chantek seperti selalu. tapi hibanya hati ini Tuhan saja yg tahu. hati aku menangis sendiri. ya, yg pasti hari ni aku terluka.

lidah umpama sebilah pedang yg tajam. ada juga pepatah "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa." pada aku, sebelum berkata sesuatu, fikir2lah dahulu. jgn diikutkan sgt perasaan yg sedang membuak penuh kemarahan. jgn cuma tgk keburukan dan kesalahan org lain. sbb 1 perkara kecil, aku dituduh dgn satu tuduhan yg tak berasas dan sgt mencabar maruah aku. serius shit. sgt menyakitkan hati. hati aku menangis. siapa yg tahu??

aku cuma boleh telan semua kata-kata yg telah dihamburkan pada aku tadi. mungkin ada yg hairan kenapa kali ni aku tak menangis lagi mcm selalu. sebabnya mudah, aku sudah penat. kadang2 bila kita menangis, kita hanya akan memburukkan keadaan. dan kadang2 air mata itu tak berguna pun utk dibazirkan. bukankah aku sebelum ini cuba utk menjadi seorang yg lebih matang dan tabah? jadi, inilah cabarannya...

tak apalah. teruskanlah. suka hati kalian lah. buatlah semahu kalian. katakanlah sesuka hati kalian. tudinglah semua kesalahan pada aku. bebankanlah semuanya atas bahu aku. aku masih ada mereka. mereka yg sentiasa ada dgn aku. mereka yg sentiasa bersedih dan bergembira dgn aku. yg penting, aku masih ada mereka. aku tidak sendirian.

terima kasih kerana melukakan hati ini. terima kasih kerana mengguris hati dan perasaan ini. terima kasih kerana membuat aku sedar bahawa akulah punca segalanya. thanks a lot. well, u can put all the blame on me. i'm guilty. ok, puas hati kalian??

tak apalah atiq. mungkin semua ini ada hikmahnya. tapi serius shit (serius shit aku sgt heran kenapa aku sgt suka sebut dan tulis perkataan ni!) lepas ni aku tak akan bercakap dan insan itu lagi. dan aku akan terus berdiam. diam yg mungkin akan menyakitkan hati dia pula nnti.

1 comment:

  1. isk!!
    sepa kan juga manusia itu art??
    ko kasi highlight skit nama dia..
    sukati sja mo cakap...
    sabar ko art...nanti kita p men bowling ar...

    ReplyDelete