ops, maksud aku selamat menyambut hari kekasih Allah, iaitu hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W. kebetulan maulidur rasul tahun ini berdekatan dgn tarikh 14 feb, iaitu valentine day. satu masa dulu, semasa sdg asyik bercinta dan masih remaja, aku dgn semangat berapi2 akan pertahankan valentine day ni. bagi aku, pedulilah apapun sejarahnya, yg penting kita sambut bukan utk mengenang sejarah tersebut, tapi utk menghargai kekasih kita. tapi itu semua dulu. skrg aku dah matang dlm berfikir yg mana baik dan yg mana buruk.
kdg2 terbit juga rasa hairan di hati, kenapa ada pasangan yg beria2 tunggu v-day ni utk dating, bg hadiah dan sebagainya? macamlah hari2 lain tak boleh bagi. istimewa sgtkah tarikh tu? pada aku, ia cuma sekadar tarikh. mcmlah sambutan hari guru, hari ibu, hari bapa dan sebagainya. perlukah kita tunggu hari ibu dulu baru nak ucapkan rasa kasih sayang dan beri hadiah pada ibu kita? kalo besok hari ibu, malam ini ibu kita kembali pada-Nya mcm mana? tak sempat pula nak ucapkan dan tunjukkan rasa kasih sayang kita..
nauzubillah.. aku sebenarnya bukan mahu sgt berfikir dan mengharap bukan2. cuma fikirkanlah.. kita sebenarnya dah terikut sgt dgn budaya barat. satu ketika dulu, masa aku masih di bangku sekolah menengah, adik aku dgn gembiranya buatkan ayah aku sekeping kad sempena hari bapa. bila ayah aku terima kad tu, ayah cakap, "ha, waktu hari bapa je ke nak bagi kad? waktu hari bapa je ke baru nak ingat ayah?" lebih kurang begitulah ayat ayah. ayat ayah buat aku, mak dan adik terpana seketika. bila tgk muka adik yg seakan ingin menangis barulah ayah ucapkan terima kasih.
pelik kan? ada sesetengah yg suka meraikan dan diraikan. ada pula sesetengah org yg rasa sedih bila diraikan, seolah2 pada hari tu saja dia diingati dan dikenang, sdgkan hari2 lain dia seperti tidak wujud. mungkin itu yg bermain di benak ayah aku ketika itu. wallahu'alam, aku tak tahu.
dan atas dasar itulah, semenjak meningkat dewasa, aku cuba utk sentiasa menunjukkan rasa kasih sayang pada kedua-dua org tua aku. selagi mana mereka masih ada. seboleh2nya aku cuba utk membantu mereka sedaya yg mampu. memberi sedikit kegembiraan mereka dgn kehadiran aku di sisi. aku tahu setiap kali pulang ke rumah, mak dan ayah gembira. setiap hari mak akan masak makanan kegemaranku. nasi lemak, sup ayam, bubur ayam bersantan, sup tulang, bubur pulut hitam dan macam2 lagi. ayah pula mesti sibuk tnya ke mana aku ingin pergi dan kesanggupan ayah utk menghantar aku.
sebenarnya aku seorang anak yg dibesarkan dgn satu ketidakbiasaan utk berterima kasih. aku jarang berterima kasih pada mak dan ayah. sejak kecil kalo diberikan sesuatu, aku cuma akan menyambut dan mungkin tersenyum. perkataan terima kasih terasa amat payah keluar dari mulut ini. mungkin kerana tidak biasa.. dan ungkapan terima kasih itu selalu aku lahirkan melalui perbuatan dan perlakuan. dan sehingga kini, aku sedaya upaya menunjukkan pada kedua ibu bapaku betapa berterima kasihnya aku pada mereka selama ini.
wah, sentimental sungguh aku hari ni. entah kenapa.. mungkin sebab rindu pada mereka yg semakin memuncak. ayat2 aku pun macam terlebih skema... hehee... apa2pun, salam maulidur rasul semua... marilah kita sama2 mengucapkan selawat pada baginda Rasulullah dan mengingatinya.
p/s: Terima kasih mak, terima kasih ayah! Terima kasih utk segala2nya selama ini. Sayang mak dan ayah selamanya... :)
Kasih sayang dan rasa terima kasih mmg sukar untuk diungkapkan. Namun pernyataan kasih dan sayang itu boleh dizahirkan menerusi perlakuan.....begitulah maka sentiasalah kenangi mereka yg dikasihi selagi ada kesempatan, kerana mencari di ceruk mana sekalipun, mereka yg dikasihi itu hanya ada satu dan tiada duanya......
ReplyDelete