Friday, March 11, 2011

tsunami

maaf, aku memang selalu ketinggalan. tadi sewaktu sdg kira duit, shena bgtau jepun dilanda tsunami dgn ombak setinggi 10 meter. wah, dashyat tu! utk seketika aku teringatkan bencana tsunami di indonesia sebelum ini. sewaktu sibuk mengemas file2, aku dgr pula bos aku menyuarakan kegelisahan beliau tentang tsunami tersebut. rupanya beliau gelisah sebab anak beliau sdg bercuti di tokyo. tidak dpt dihubungi pula tu. aku cuma mampu berdoa semoga anak beliau dan semuanya selamat.

bencana alam memang mengejutkan. boleh berlaku bila2, di mana2 dan pada sesiapa pun. hari ini aku dgn penuh semangatnya telah bersedia depan tv seawal pukul 8 mlm utk mendengar sendiri berita tentang bencana tsunami tersebut. sesuatu yg tidak pernah aku lakukan sebelum ini. dan seperti yg aku sangka, berita tsunami itu merupakan berita utama setiap saluran tv. memang dashyat. masya-allah, kuasa Allah itu memang sgt hebat. sekelip mata bandar tokyo yg dulunya megah ranap begitu saja. 

melihat ombak besar yg meranapkan rumah, jambatan, hatta bangunan tinggi memang sungguh menakutkan. aku takut. serius amat takut. terbayang pula bagaimana rasanya berada di tempat kejadian. sempatkah berlari menyelamatkan nyawa? sempatkan berlari menyelamatkan insan2 yg disayangi? nauzubillah.. semoga Malaysia dijauhkan bencana alam sebegitu rupa..

tapi jika benda hendak jadi, ia tetap akan jadi. tidak guna amaran, tiada guna perlindungan. mati bukanlah sesuatu yg boleh ditahan2. kalau ditakdirkan begitu, maka begitulah jadinya. aku bukan berharap yg bukan2. tidak sama sekali. cuma ingin menyedarkan diri sendiri, mati itu boleh berlaku di mana2. dan boleh berlaku dlm berbagai2 cara. nauzubillah. minta dijauhkan.

semoga rakyat jepun tabah menghadapi dugaan yg aku tahu amat perit ini. semoga keadaan di sana akan beransur reda dan bandar tokyo boleh dipulihkan seperti sediakala. redha dan pasrahlah dgn dugaan ini. semoga semuanya akan baik2 sahaja. amin...

No comments:

Post a Comment