Monday, March 7, 2011

allergic?

aku benci ubat. jujur aku cakap, seumur hidup aku, setiap kali sakit, aku tak pernah habiskan ubat aku. hatta ubat antibiotik sekalipun. sejak kecil, aku seorang yg sgt susah utk makan ubat. makan muntah. makan luek. makan buang. pendek kata, sgt susah tekak aku utk menelan sebarang jenis ubat. tak kiralah ubat biji atau ubat cecair.

sebenarnya sejak isnin lepas aku sakit tekak dan dah mula batuk2. pedih tekak aku Tuhan sajalah yg tau. walau berapa gelen nasihat aku dgr dari bermacam2 org suruh aku makan ubat awal2, semuanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. aku hanya akan makan ubat bila benar2 terdesak. maksud aku, sakit yg teramat sakit. dan dah x ada pilihan lain.. dan oleh kerana itulah, batuk aku masih belum baik hingga ke hari ini.

oleh sebab dah tak tahan dgn keperitan di tekak dan badan yg sudah mula berasa panas, hari khamis lepas aku pun pergi ke klinik utk dptkan ubat dan mc. doktor bagi aku mcm2 jenis ubat. aku tnya mana ubat yg ada kesan mengantuk, dan nurse tu jwb semua ok dan semua tak bagi kesan mengantuk. erm.. ok la tu... aku takut karang kalo aku makan ubat time kerja, aku tertidur pulak.. tp ubat tetap jdi perhiasan di meja. bukan aku takut nak makan atau malas tapi aku tak suka. aku benci. dan atas dasar kebencian itulah, aku lebih rela terus membatukkan diri dari menelan ubat2 tersebut.

dan sehingga ke hari ni, aku masih dgn tekak yg perit dan batuk yg sgt annoying. pagi tadi, aku tak pasti kenapa tekak aku sgt sgt sgt sgt gatal tahap gaban dan sungguh menyakitkan bila terbatuk. oleh kerana terdesaklah, aku cuba minum ubat batuk yg doktor bagi aku hari tu. ubat batuk jenis cecair bernama Axcel Dipenhyramina. aku minum 10ml ikut arahan doktor sebaik sja sampai opis. rasanya suka uwek.......! dan aku berazam itulah kali pertama dan terakhir aku minum ubat tu.

lepas minum ubat, aku ke morning briefing seperti biasa. dan aku mengalami satu tindak balas kesan dari ubat tu yg sgt luar biasa. aku mengantuk yg teramat sangat dan mula berhalusinasi. aku mula lemas. tersenguk2. mula berkhayal. aku rasa macam x pijak bumi dan berada di awang2an. susahnya nak digambarkan perasaan aku tadi. terasa mcm sdg berada di tengah2 laut pun ada, mcm mabuk laut pun ada, mcm sdg berjalan di angkasa pun ada, mcm sdg bermimpi pun ada, macam sdg mengigau pun ada.. sampai jalan pun terhuyung hayang dan rasa mcm nak jatuh tersungkur. pelik sungguh kesan ubat tu kan? dan atas sebab itulah, aku minta seorang staff utk cover aku sekejap sementara aku naik ke surau utk tidur.

itulah apa yg berlaku tadi sebenarnya. selepas tidur mati lebih kurang 45 minit, aku turun balik ke opis dgn keadaan yg masih terhuyung-hayang. rasa mcm kena dadah pun ada juga.. lepas sejam dua jam, barulah kesan ubat tu hilang dan aku boleh berfikiran waras seperti biasa.

jadi dgn ini aku mengishtihar diri aku allergic pada semua jenis ubat. ya, aku allergic ubat. jadi kenapalah?

No comments:

Post a Comment