Saturday, April 9, 2011

aku bukan harry potter!

hari ni ada seorang customer dtg jumpa aku. kalo dtg dgn muka cuak dan gelabah gila tu, aku tau sgt pasal apa. ni mesti kes duit kena telan ni. dan sah! itulah hajat beliau. aku suruh isi borang utk buat report dan maklumkan proses refund biasanya mengambil masa 5 hari bekerja. dan seperti biasa customer tu akan buat muka terkejut dan nada suara akan makin meninggi. dgn muka cuak dia, dia kata by hook or by crook, dia nak duit dia tu balik hari ni juga. apa dia ingat aku ni harry potter boleh buat magic macam tu????

aku cuba fahamkan dgn sebaik mungkin proses yg berlaku. bukannya bila duit ditelan di mesin atm atau cdm, aku dgn selambanya boleh buka mesin tersebut dan bagi duit tu pada dorang. setiap perkara, mesti ada proses, mesti ada prosedur. pergilah ke mana bank sekalipun, proses refund bukan boleh dilakukan dlm hari yg sama. semua bank standard. sama. malah, ada yg lebih lama dari tu. tak percaya? pergilah tanya sendiri. tolong bgtau aku mana bank yg boleh refund duit yg kena telan di mesin atm atau cdm dlm hari yg sama. timeout transaction pun at least makan masa sehari, inikan pula cash jammed atau swallowed mcm tu ja...

pernah seorang customer dtg pd aku, dgn masalah yg sama. dia bercakap pun mcm bukan bercakap, tapi dah lebih mcm menjerit. dia suruh aku bayangkan rasanya berada di tempat dia. dan dia ckp kalo dah tau mesin atm tu nak rosak, jgnlah pasang, atau tutup sajalah bank. wah, apa dia ingat bank ni bapak aku yg punya? dia ingat aku ni boleh baca fikiran mesin atm tu? kalo nak bercakap pun, biarlah kena pada lojiknya. betol x?

aku faham perasaan customer yg alami kes mcm ni. aku sendiri pun pernah kena. masa tu aku try cucuk duit ni atm maybank, x dpt. aku try pula d atm affin bank. tak dpt juga. tapi bila cek baki, duit dah kena potong. dalam hati memang menyumpah seranah mesin tu. nak tak nak, terpaksa juga aku ke bank utk buat report. dan biasanya bila kes yg melibatkan 2 bank (contohnya kad bank CIMB, atm Maybank) akan mengambil masa yg lebih lama. paling kurang pun 14 hari bekerja. wah, masa tu mmg geram gila aku. budget nak buka akaun d maybank, tiba2 duit kena telan, terpaksa cancel. dekat 3 minggu baru duit yg ditelan tu dikredit blik dlm akaun aku. but at least, masuk juga balik kan.. bukan ghaib mcm tu ja. so, yg nak gelabah sgt tak tentu pasal kenapa?

aku tau, aku faham. mungkin diorang yg gelabah2 ni perlukan duit tu secepat mungkin. urgent. desperate. or whatever. tapi proses tetap proses. prosedur tetap prosedur. aku boleh tolong utk minta pihak2 tertentu percepatkan proses, aku boleh tlg buat follow up dgn mereka tentang status aduan diorang, tapi maaf aku tak boleh bagi duit tu on the spot. aku tak ada magic wand mcm harry potter. dan aku bukan gaban, boleh buat semua benda. 

hari ni kerana customer tadi, aku cuba juga usahakan supaya kes beliau selesai secepat mungkin, aku kol sana, kol sini, minta bantuan itu dan ini. syukurlah semua pihak beri kerjasama... sepatutnya paling cepat pun duit dia boleh refund hari isnin, tapi kesudian pihak2 yg membantu sedikit sebanyak meringankan beban aku yg terpaksa menjawab panggilan beliau setiap 5 minit. akhirnya selesai juga.

cuma aku pelik, kalo dah tau desperate sgt nak guna duit tu hari ni, yg dia bank in guna mesin cdm tu buat apa?? bank in pula ke akaun sendiri.. tidakkah pelik namanya tu???

erm.. apa2pun, cuma satu perkara yg aku nak highlight di sini. aku bukan ahli sihir. aku bukan ahli magik. aku tak dpt "pling!!!!" dan "tadaaaa...". kadang2 aku perlukan pemahaman customer walaupun customer is always right. cuba fhm sikit cso mcm aku ni. aku tak mungkin dpt buat semuanya dlm sekelip mata. sebabnya mudah, aku bukan harry potter!

selamat malam semua. 

3 comments:

  1. huhuhu...penah jadi ma sa ni art...RM2200 hilang tapi duit x kuar...arghhh!! memang tension owh masa tu....sib baek pas buat report tu ok lah...masuk ari tu juga ni,...

    ReplyDelete
  2. that's mean u r so lucky! mayb itu timeout transaction. timeout transaction ambil masa less sikit compare cash jammed, cash not dispensed atau cash swallowed. it's depends on case and bank. kalo bank tu x guna outsource (means atm/cdm tu mmg dia yg pgg - cth bank rakyat), mmg bole dpt cepat. but most of the bank skrg guna outsource. still, u r lucky! coz based on my experience, the fastest u can get the refund amount only the next day. wow.

    ReplyDelete
  3. Hi bang, macam mana kalau bank in guna cdm masuk kat acc sendiri lepas berbulan bulan p check nak keluarkan sikit status duit yang kita bank in tu tak masuk apa nak buat saya dah haut aduan kat bank tu tapi belumada repond

    ReplyDelete