2 minggu lepas, aku, Jure & Siska sempat menonton filem animasi RIO. bagi aku yg cukup gemarkan filem2 animasi apatah lagi genre komedi, filem ni aku bagi 4 thumbs up! wah, smpai naik ibu jari kaki. mmg kelakar gila dan menyentuh perasaan. oleh kerana aku seorang animalover, maka sudah tentunya cerita tentang haiwan buat aku teruja! :)
rio ialah cerita ttg seekor burung kakak tua berwarna biru yg diculik dari habitat beliau dan dijual kepada sebuah keluarga utk dijadikan haiwan peliharaan. wah, skema plak ayat aku.. erm.. maka nak dijadikan cerita, burung itu pun dijadikan haiwan kesayangan seorang budak perempuan bernama linda. dan linda menamakan burung itu sebagai blu kerana bulunya yg biru.
oleh sebab dijaga dgn baik oleh manusia, blu x pndai terbang dan hidup selesa dgn tuannya, linda. blu pun mula lupa habitat sebenar dan hakikat yg beliau adalah seekor burung hinggalah satu tragedi berlaku. tragedinya sungguh rumit jdi kalo nak tau tengok jalah sendiri crita ni. pendek kata, blu syg linda, linda syg blu. part plg best sekali bila blu kata pada kawan dia mcm ni "i'm not just her pet, i'm her companion." wah, syahdunya aku rasa... andai akulah linda, mesti aku menangis teresak2 bila haiwan kesayangan aku ckp mcm tu. erm.. lupakan saja imaginasi mengarut tu.
apa yg aku nak highlight sebenarnya ialah betapa "betulnya" kata2 blu tu. aku sendiri treat haiwan peliharaan aku mcm family members. yes, aku berckp dgn dorg walaupun aku tau sepatah haram pun dorg tak fhm. tapi aku tau, haiwan terutamanya yg dipelihara mempunyai perasaan yg sensitif. kalo tak, masakan ada yg pndai merajuk, marah, sedih dan sebagainya.
aku pernah kehilangan seekor arnab bernama koko. aku nangis sekuat hati. bukan lagi sekuat hati tpi hampir separuh mati. dan tau apa abg aku ckp pada aku? he said this "menangis mcm apa ja, arnab ja pun!" ya, aku tau beliau cuma seekor arnab. seekor binatang. bukannya aku buta tak tau membandingkan antara manusia dan haiwan. tapi aku menangis sbb aku sygkan arnab aku tu. syg sgt. syg yg tak dpt digambarkan dgn kata2. kalo tak syg masakan aku menangis. dan aku tau, cuma org yg ada haiwan peliharaan dan sygkan haiwan saja yg fhm perasaan tu.
skrg di rumah aku ada 3 ekor kucing. pitung si mama, sanji si abang dan chopper si adik. masing2 ada perangai pelik tersendiri. dan ketiga2nya aku syg sepenuh hati. aku pernah kehilangan lapi, yg hampir membuatkan aku demam kerana kesedihan. mujurlah masih ada pitung dan anak2nya yg comel sebagai pengganti.
balik dari kerja, aku akan cari mereka. sebelum tidur, cari lagi. bila bosan aku kacau atau berkejaran dgn mereka. bila sedih aku peluk dan menangis dgn mereka. bila gembira aku lambung2 mereka. pendek kata, haiwan peliharaan aku bukan setakat diberi makan dan diberi tempat tidur. tapi lebih dari itu. bila ada yg sakit, aku pun turut terasa sakitnya. sebabnya mudah, mereka sudah bagaikan sebahagian dari kehidupan aku.
ya, betullah kata blu. pet is not just a pet. they are our companions! dan atas dasar itulah, aku mengakui bahawa aku terlalu rindukan mereka saat ini. T_T
dimana aku tika itu art??huhuhuhu...
ReplyDeleteko pegi kursus kawin ba...........hheheee...kami kasi tinggal ko... hehehee..
ReplyDelete