Friday, June 17, 2011

kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka??

waw, hari ni hari yg amat panas utk aku. serius panas. bukan panas apa, tapi panas hati. dahlah balik lambat sebab ada disbursement rumah, BSM tu plak terhegeh2 sana tunjuk pandai. siap tnya aku ni tau ka tidak buat kerja yg diberi. biadap sungguh. dialah semua yg betul. org lain semua salah. ok, mr.perfect, whatever! i don't care.

dan sebelum balik ke rumah tadi, aku sempat singgah di Giant Supermarket d karamunsing. brg yg nak dibeli cuma satu iaitu beras, itupun sbb nana yg pesan. mula2 cari 5 kilo, tapi dah habis so aku ambik sajalah 10 kilo. mak aih! berat nak mampus. aku pun dgn terkedek-kedeknya bawalah beras 10 kilo yg berat tu ke kaunter.

kaunter tak byk yg buka. ada 2 saja tak silap aku. then aku pegi ke kaunter yg pertama. cuma ada seorang pelanggan saja, itu pun dah selesai, tinggal tunggu nak bagi baki duit ja. tapi yg tak fahamnya, di kaunter tu ada bakul plastik kosong yg diletakkan betul2 di depan dan menghalang aku utk letak beras yg aku beli tu. dgn bebanan yg berat di tangan, aku cuba alihkan bakul tu tapi tak dapat. aku tengok cashier tu plak selamba dono ja, walaupun dia dah nampak aku terkial2 mcm tu. sibuk berbual dgn cashier di kaunter sebelah. masa tu, enjin aku dah start panas ja. tapi aku tahan2 ja lagi. oleh sebab tak muat nak letak beras tu atas kaunter, aku pun alihkan bakul tu guna tangan kiri dan tolak ke bawah. "bam" begitulah lebih kurang bunyi bakul tu bila jatuh ke bawah. taklah kuat sgt. tapi cukuplah nak tunjukkan yg aku marah pada cashier yg tak prihatin tu.

n guess what.. tiba2 pula cashier tu tgk aku dgn jelingan paling nak muntah aku tgk smbil cakap "kalo rosak tu bakul, kau mau ganti ka?" wth???????????? how dare u speak to me like that? aku apa lagi, melenting la terus. dan dialog seterusnya lebih kurang begini:

me: eh? jadi kenapa tadi ko nda tolong? ko nampak kan sy bawa beras ni berat2??
bitch : kalo tu bakul rosak, ko mau ganti ka? (soalan kali ke2)
me: nda.. sy tanya ko ni. ko nampak sy bawa beras ni berat2, ko nampak sy mau letak, kenapa ko nda tolong kasi alih?
bitch: jadi kenapa ko tidak letak bagus2? kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka? (soalan kali ke3)
me: ba..macam mana juga? ko nmpk juga tadi mcm mana sy bawa kan. sy pakai sebelah tangan ja, ko nampak depan2 bukan ko tolong.
bitch: ko nda buleh kasi alih sendiri ka??? (soalan bodoh lagi. sudah gaharu cendana pula. sudah dialihkan bertanya pula.)
me: jadi kenapa ko nda tulung tadi??
bitch: ko nampak juga kan sy pegang duit. macam mana sy mau kasi alih? sy sibuk mau kira duit. (kepala hotak kau sibuk kira duit. customer tu dari tadi melangut tggu duit baki dia dipulangkan, dia pula sibuk bercerita ngan kwn2 dia)
me: ......................(aku lupa apa lagi aku ckp)...... begini ka cara ko layan pelanggan???
bitch: bukan pasal tu. tapi sy tanya, kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka? (soalan kali ke4)
me: ...........(serius shit aku lupa apa yg aku membebel lepas tu)............ susah oo kalo mcm ni layanan kamu. hei, sudahlah!

dan aku pun terus berlalu meninggalkan beras sazarice 10 kilo tu di kaunter dgn hati yg panas. actually mmg dari awal lagi aku panas hati, so bila dia curah minyak, berapi la aku. jadi mcm2 benda merepek aku cakap masa marah dia. tapi aku terlupa pula jawab soalan "kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka?". serius shit aku terlupa sebab marah sgt. 

peduli la dia dgn soalan bodoh dia tu. dia ingat aku tak ada duit nak bayar bakul tu. eleh, setakat bakul plastik mcm tu. jangan kata 1, 10 pun aku boleh ganti. kesimpulannya di sini, tak perlu kot ckp mcm tu pd customer. aku ni pelanggan bukannya dtg nak merompak kedai tu. lagipun dia cuma cashier, bukan tauke pun. bukan aku nak menghina dia, serius tak, tapi sekurang2nya respect la sikit dgn pelanggan. agaknya masa dia masuk kerja dulu, memang belum sempat diajar etika berdepan dgn pelanggan kot? as a frontliner, dia kenalah tau mcm mana adab dan etika berdepan dgn pelanggan. mana boleh dia sesuka hati nak marah aku.

ah, tak peduli. aku marah ni. marah sgt. jaga dia hari isnin. aku nak cari dia balik. report pada supervisor dia. biar dia kena piat telinga. bencinya. benci. benci!

Friday, June 10, 2011

are u a perfume-lover?

perfume-lover? yes i am. aku sgt suka pd perfume. serius sgt suka. setiap kali ke shooping mall atau mana2 kedai2 besar, mesti akan cari fragrance department dulu. pastu2 test sana test sini. walaupun aku dah ada atau tau macam mana haruman perfume tu, tetap juga nak try. n dats y la handbag aku biasanya penuh dgn kertas utk sembur tester perfume.

oleh kerana minat yg mendalam pd perfume, aku ada byk koleksi perfume yg datang dan pergi. maksud aku, bila aku dah tak suka, atau bosan, aku akan jual pada org lain. kadang2 aku akan bagi pada kawan2 aku. dan hanya org2 terpilih ja yg akan dpt perfume tu. hehe. maknanya aku bukanlah seorang yg murah hati sgt.

boleh kata hampir setiap bulan aku akan beli perfume. tak kisahlah sama ada vial, miniature, tester mahupun big size perfume. janji bau sedap. kalau tak, rasa tak lengkap hidup aku. haha. padahal ini adalah satu sifat pembaziran yg amat nyata. dan oleh kerana minat inilah, aku nak buat list of top ten fevret perfumes aku. starting with number 10 la of koz!

10.  Naomagic by Naomi Campbell

familiar tak dgn perfume ni? mesti tak kan... samala.. aku pun bkn familiar ngan brand ni. ni pun aku dpt vial free dari perfume story... baunya sgt unik dan different from other perfume. sgt2 berlainan tapi sedap. aku teringin nak cari big size perfume ni. but, sgt susah utk di dapati. anyway, perfume ni highly recommended for those who want to be different. baunya more to sup cendawan. eh, jgnla serius sgt. aku melawak ja tu. haha.

9. Covet Pure Bloom by Sarah Jessica Parker
yg ni pun sedap gila. for me better than original covet. baunya lebih pada floral. bila sembur rasa mcm berada di taman bunga. recommended for those who like floral scent. botolnya pun cantik. yg ni aku jimat2 pakai, sebab takut habis.

8. Ricci Ricci by Nina Ricci

yg ni pun sgt2 aku suka! sekali lagi floral scent. bila pakai rasa mcm akulah perempuan paling bergaya di dunia. alamak, terlebih sudah! haha. but seriously, perfume ni mmg wangi. see... botolnya pun cantik. ada satu perfume baru, dancing ribbon by nina ricci jugak. botol sama but kalernya merah terang. tp bg aku, yg ni much better. dancing ribbon agak sweet sikit compare to dis.

7.  Jadore by Christian Dior





perfume ni aku istilahkan perfume perempuan kaya yg berlagak. haha. don't ask y. kalo keluaran CD confirm2la wangi kan. still floral scent and very long lasting perfume. tgk brand la kan.. harga kaunter pun tersangat mahal. yg ni aku dpt vial ja, dan dah habis pon. sebabnya mudah, kerana sgt wangi! :)

6. Miracle by Lancome

yg ni tak pyh cakaplah. mmg fevret ramai org. walaupun mcm2 miracle ada, yg original ni jugak yg best!

5. Tresor in love by Lancome
aha! another lancome! aku suka sgt ni. nice bottle with nice smell. baunya sgt soft dan of koz sedap. looking forward to buy big size tresor in love. skrg ni ada miniature ja.. itu pun jarang pakai coz takut habis. hehek.

4. Eternity by CK

perfume lama yg sgt wangi dan memang digemari ramai including me. sgt suka. baunya sgt unik. and yes, looking forward to buy dis perfume also. i only had vial, and of koz sudah habis. hehek.

3. Hypnose by Lancome
yeay! another lancome!!! mula2 mmg aku tak suka bau perfume ni. sehinggalah pada satu hari, tiba2 aku tersuka. dan suka bukan alang2 suka, memang suka sgt2! tapi oleh kerana officemate aku pakai perfume ni, so i'm not gonna buy big size hypnose. tak maula bau sama. miniature ja cukup kot!

2. Fancy Love by Jessica Simpson
hei hei fancy love mmg wangi gila ok! tak percaya tanya moon sebab dia pun ada perfume ni. actually aku yg hasut dia suruh beli. hehe. the smell more to vanila i think. sgt soft. dan sgt sesuai pakai sewaktu sdg berdukacita sbb akan membuatkan pemakainya merasa tenang dan gumbira. tu pun kalo korang percaya la. 


1. Forever and Ever by Christian Dior
yeay! dan inilah perfume fevret aku skrg! sejak aku beli ni, aku pun terus melupakan yg lain. perfume ni actually bukan keluaran baru CD, cuma aku ja yg baru tau. tpi serius sgt sedap. cuma tak long-lasting coz yg ni cuma ada edt ja. tapi aku tak kisah, forever n ever tetap jugak no.1! 

actually selain dari perfume yg aku suka, ada juga perfume yg aku beli tapi aku tak suka. ok, let me list.

1. Faboulosity by Kimora Lee Simpson - tak pernah try tapi beli juga dan ternyata sia2. baunya sgt manis. manis yg teramat. smpai pening aku dibuatnya. thanks god officemate aku suka n dia beli dari aku.
2. Unforgivable Woman by Sean John - juga tak pernah try tapi beli. sot kan. bau keras dan agak tegik. eh, apa tu tegik?
3. Bali Dream by Estee Lauder - mula2 aku suka then dah lama2 aku tak suka. sbb bau perfume ni agak kuat dan keras. sembur kena cukup2 ja, kalo lebih mula pening.
4. Romance by Ralph Lauren - perfume ni mmg sedap gila but unfortunately it doesn't work on me. tak sesuai dgn suhu badan aku kot sbb bila aku pakai, baunya langsung tak keluar. org lain pakai, ok plak. so, i gave it to my friend.
5. Desire Me by Escada - bau sgt kuat dan keras. aku pening. sold to my officemate.
6. Guilty by Gucci - bau sedap tapi entah kenapa aku tak suka. also sold to my officemate.

so, kesimpulannya sebelum beli perfume kena try dan pastikan yg perfume tu betul2 ngam ngan kita. ok? anyway, sebelum aku blah aku nak tnya dulu. korang suka perfume apa? orait, adios. 

Wednesday, June 8, 2011

awak cerewet nak mampos

aku benci org cerewet pdhl aku pun seorang yg cerewet dari segala segi. tapi aku paling benci bila rambut aku terlebih cerewet dari aku skrg. oh rambut. adakah kau tahu betapa kau sungguh menjengkelkan hati aku? aku rasa pelik dah heran kenapa sejak akhir2 ni rambut aku suka buat hal. maksud aku, ada saja yg tak kena dgn syampu yg aku pakai.

dulu masa aku kecik2, aku main balun ja semua jenis syampu yg ada di rumah. janji bau sedap, itu ja. masa belajar di sekolah dan di univeristi pun, beliau masih bertimbang rasa dgn aku. semua jenis syampu yg aku berikan, beliau terima seadanya. cuma ada juga sesetengah yg tak sesuai dgn beliau seperti contoh pantene yg membuatkan beliau melekit seperti dilumurkan gam. oleh itu, aku haramkan pantene utk rambut aku.

satu hari, aku terpandang bekas toiletries housemate aku, dia pakai syampu apakejadahnamanya tu... carol..kerol..ish..yg tutupnya di bwh tu.. entah aku lupa nama syampu tu.. aku tnya kwn aku tu best ke x syampu tu, dia ckp best jadi aku pun try la. agak mahal berbanding syampu2 aku sebelum ni, tapi memang best gila sebab rambut aku menjadi sgt wangi dan sgt lembut seperti sutera. ceh. tapi semenjak pakai syampu tu la, rambut aku mula demand. bila aku pakai syampu lain ja, mula la dia merengek2, pastu melekit macam gam. kalau tak pun, keras macam mop lantai.

dan aku pun terpaksalah pakai syampu yg agak mahal tu dlm tempoh yg agak lama. bila dah lama sgt, tiba2 rambut aku mula bosan, dan dia buat hal lagi. jadi aku terpaksa tukar balik. mcm2 jenis aku cuba. jenama "nama saya rain", jenama "kepala dan bahu", dan macam2 lagi. sekejap ok sekejap tak ok. cakaplah syampu jenama apa, semua aku dah cuba. ah, tak adalah smpai semua... hehe.. hampir semua maksud aku.

bila nak men"try" aku biasa guna botol kecil dulu, kalau rambut aku berkenan, baru aku beli botol besar. tapi yg anehnya, bila dah beli botol besar, tiba2 beliau dah tak berkenan pulak. dan itulah sebabnya dlm toilet aku ada bermacam botol syampu botol besar yg belum sampai suku pun aku guna. kurang asam punya rambut, saja dia nak main2kan aku.

kenapa tak pegi spa rambut? ish ish.. manalah aku mampu. lgipun aku ni mmg kurang gemar ke saloon kecuali utk potong rambut ja. aku lebih gemar ke parkson, fragrance department. ha, yg tu aku cukup gemar. eh, out of topic jap. jadi makanya, aku telah byk membazir utk rambut aku yg cerewet ni.. hari ni beliau buat hal lagi, pdhl baru minggu lepas aku beli syampu botol besar kaler pink yg ada simbol tanda seru tu. nasib baik tak mahal sgt. kalo tak tambah lagi satu koleksi syampu tak berguna aku.

kesimpulannya, besok kena cari syampu lain. di guardian atau di watson atau di giant atau mungkin perlu ke saloon rambut. entah. semuanya bergantung pada baki akaun aku dlm bank dulu. haha.