Wednesday, June 8, 2011

awak cerewet nak mampos

aku benci org cerewet pdhl aku pun seorang yg cerewet dari segala segi. tapi aku paling benci bila rambut aku terlebih cerewet dari aku skrg. oh rambut. adakah kau tahu betapa kau sungguh menjengkelkan hati aku? aku rasa pelik dah heran kenapa sejak akhir2 ni rambut aku suka buat hal. maksud aku, ada saja yg tak kena dgn syampu yg aku pakai.

dulu masa aku kecik2, aku main balun ja semua jenis syampu yg ada di rumah. janji bau sedap, itu ja. masa belajar di sekolah dan di univeristi pun, beliau masih bertimbang rasa dgn aku. semua jenis syampu yg aku berikan, beliau terima seadanya. cuma ada juga sesetengah yg tak sesuai dgn beliau seperti contoh pantene yg membuatkan beliau melekit seperti dilumurkan gam. oleh itu, aku haramkan pantene utk rambut aku.

satu hari, aku terpandang bekas toiletries housemate aku, dia pakai syampu apakejadahnamanya tu... carol..kerol..ish..yg tutupnya di bwh tu.. entah aku lupa nama syampu tu.. aku tnya kwn aku tu best ke x syampu tu, dia ckp best jadi aku pun try la. agak mahal berbanding syampu2 aku sebelum ni, tapi memang best gila sebab rambut aku menjadi sgt wangi dan sgt lembut seperti sutera. ceh. tapi semenjak pakai syampu tu la, rambut aku mula demand. bila aku pakai syampu lain ja, mula la dia merengek2, pastu melekit macam gam. kalau tak pun, keras macam mop lantai.

dan aku pun terpaksalah pakai syampu yg agak mahal tu dlm tempoh yg agak lama. bila dah lama sgt, tiba2 rambut aku mula bosan, dan dia buat hal lagi. jadi aku terpaksa tukar balik. mcm2 jenis aku cuba. jenama "nama saya rain", jenama "kepala dan bahu", dan macam2 lagi. sekejap ok sekejap tak ok. cakaplah syampu jenama apa, semua aku dah cuba. ah, tak adalah smpai semua... hehe.. hampir semua maksud aku.

bila nak men"try" aku biasa guna botol kecil dulu, kalau rambut aku berkenan, baru aku beli botol besar. tapi yg anehnya, bila dah beli botol besar, tiba2 beliau dah tak berkenan pulak. dan itulah sebabnya dlm toilet aku ada bermacam botol syampu botol besar yg belum sampai suku pun aku guna. kurang asam punya rambut, saja dia nak main2kan aku.

kenapa tak pegi spa rambut? ish ish.. manalah aku mampu. lgipun aku ni mmg kurang gemar ke saloon kecuali utk potong rambut ja. aku lebih gemar ke parkson, fragrance department. ha, yg tu aku cukup gemar. eh, out of topic jap. jadi makanya, aku telah byk membazir utk rambut aku yg cerewet ni.. hari ni beliau buat hal lagi, pdhl baru minggu lepas aku beli syampu botol besar kaler pink yg ada simbol tanda seru tu. nasib baik tak mahal sgt. kalo tak tambah lagi satu koleksi syampu tak berguna aku.

kesimpulannya, besok kena cari syampu lain. di guardian atau di watson atau di giant atau mungkin perlu ke saloon rambut. entah. semuanya bergantung pada baki akaun aku dlm bank dulu. haha. 

2 comments:

  1. art,, kita try pakai syampoo murah... Jenama Merit ka..hohoho...syampoo tem d asrama dulu...ok bah.. :)

    ReplyDelete
  2. byk sudah syampu murah sy guna mun. sulsilk, rejoice, clear, semua ngam pastu nda ngam ni. kurang asam btul. skrg pakai loreal. ok, cuma tidak dpt hasil yg menakjubkan.

    ReplyDelete