waw, hari ni hari yg amat panas utk aku. serius panas. bukan panas apa, tapi panas hati. dahlah balik lambat sebab ada disbursement rumah, BSM tu plak terhegeh2 sana tunjuk pandai. siap tnya aku ni tau ka tidak buat kerja yg diberi. biadap sungguh. dialah semua yg betul. org lain semua salah. ok, mr.perfect, whatever! i don't care.
dan sebelum balik ke rumah tadi, aku sempat singgah di Giant Supermarket d karamunsing. brg yg nak dibeli cuma satu iaitu beras, itupun sbb nana yg pesan. mula2 cari 5 kilo, tapi dah habis so aku ambik sajalah 10 kilo. mak aih! berat nak mampus. aku pun dgn terkedek-kedeknya bawalah beras 10 kilo yg berat tu ke kaunter.
kaunter tak byk yg buka. ada 2 saja tak silap aku. then aku pegi ke kaunter yg pertama. cuma ada seorang pelanggan saja, itu pun dah selesai, tinggal tunggu nak bagi baki duit ja. tapi yg tak fahamnya, di kaunter tu ada bakul plastik kosong yg diletakkan betul2 di depan dan menghalang aku utk letak beras yg aku beli tu. dgn bebanan yg berat di tangan, aku cuba alihkan bakul tu tapi tak dapat. aku tengok cashier tu plak selamba dono ja, walaupun dia dah nampak aku terkial2 mcm tu. sibuk berbual dgn cashier di kaunter sebelah. masa tu, enjin aku dah start panas ja. tapi aku tahan2 ja lagi. oleh sebab tak muat nak letak beras tu atas kaunter, aku pun alihkan bakul tu guna tangan kiri dan tolak ke bawah. "bam" begitulah lebih kurang bunyi bakul tu bila jatuh ke bawah. taklah kuat sgt. tapi cukuplah nak tunjukkan yg aku marah pada cashier yg tak prihatin tu.
n guess what.. tiba2 pula cashier tu tgk aku dgn jelingan paling nak muntah aku tgk smbil cakap "kalo rosak tu bakul, kau mau ganti ka?" wth???????????? how dare u speak to me like that? aku apa lagi, melenting la terus. dan dialog seterusnya lebih kurang begini:
me: eh? jadi kenapa tadi ko nda tolong? ko nampak kan sy bawa beras ni berat2??
bitch : kalo tu bakul rosak, ko mau ganti ka? (soalan kali ke2)
me: nda.. sy tanya ko ni. ko nampak sy bawa beras ni berat2, ko nampak sy mau letak, kenapa ko nda tolong kasi alih?
bitch: jadi kenapa ko tidak letak bagus2? kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka? (soalan kali ke3)
me: ba..macam mana juga? ko nmpk juga tadi mcm mana sy bawa kan. sy pakai sebelah tangan ja, ko nampak depan2 bukan ko tolong.
bitch: ko nda buleh kasi alih sendiri ka??? (soalan bodoh lagi. sudah gaharu cendana pula. sudah dialihkan bertanya pula.)
me: jadi kenapa ko nda tulung tadi??
bitch: ko nampak juga kan sy pegang duit. macam mana sy mau kasi alih? sy sibuk mau kira duit. (kepala hotak kau sibuk kira duit. customer tu dari tadi melangut tggu duit baki dia dipulangkan, dia pula sibuk bercerita ngan kwn2 dia)
me: ......................(aku lupa apa lagi aku ckp)...... begini ka cara ko layan pelanggan???
bitch: bukan pasal tu. tapi sy tanya, kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka? (soalan kali ke4)
me: ...........(serius shit aku lupa apa yg aku membebel lepas tu)............ susah oo kalo mcm ni layanan kamu. hei, sudahlah!
dan aku pun terus berlalu meninggalkan beras sazarice 10 kilo tu di kaunter dgn hati yg panas. actually mmg dari awal lagi aku panas hati, so bila dia curah minyak, berapi la aku. jadi mcm2 benda merepek aku cakap masa marah dia. tapi aku terlupa pula jawab soalan "kalo rosak tu bakul, ko mau ganti ka?". serius shit aku terlupa sebab marah sgt.
peduli la dia dgn soalan bodoh dia tu. dia ingat aku tak ada duit nak bayar bakul tu. eleh, setakat bakul plastik mcm tu. jangan kata 1, 10 pun aku boleh ganti. kesimpulannya di sini, tak perlu kot ckp mcm tu pd customer. aku ni pelanggan bukannya dtg nak merompak kedai tu. lagipun dia cuma cashier, bukan tauke pun. bukan aku nak menghina dia, serius tak, tapi sekurang2nya respect la sikit dgn pelanggan. agaknya masa dia masuk kerja dulu, memang belum sempat diajar etika berdepan dgn pelanggan kot? as a frontliner, dia kenalah tau mcm mana adab dan etika berdepan dgn pelanggan. mana boleh dia sesuka hati nak marah aku.
ah, tak peduli. aku marah ni. marah sgt. jaga dia hari isnin. aku nak cari dia balik. report pada supervisor dia. biar dia kena piat telinga. bencinya. benci. benci!
No comments:
Post a Comment