Sunday, November 28, 2010

kaki novel part 2

ada beberapa novel yg aku baca sepanjang tempoh ni. tak semuanya dari kaki novel, ada yg aku beli dari kedai buku lain.. so, inilah sesi utk mengulas. novel 1st..

1. SANGKAR CINTA

ni novel terbitan kaki novel. novel ni tak silap aku dah lama diterbitkan. aku saja order berdasarkan sinopsis cerita yg aku baca. kalo ikut sinopsis agak best. tp bila baca... erm.... ntahlah mau ckp apa. novel ni agak lama juga aku habiskan. sbbnya mudah, boring dan sgt mudah diagak. pada aku cerita kawin paksa semua sama. mula2 benci pastu suka. pleaselah.. kalo ya pun, buatlah kelainan sikit. aku rasa mcm aku baca ulangan novel2 sebelum ni. tiada apa yg menarik. tiada apa yg terkesan di hati. pada aku, ok-oklah... not too bad.. yg penting, gaya penceritaan dan bahasa yg digunakan pd aku, masih boleh diterima. well, for dis novel, sorry aku bgi 3 bintang ja.

2. MENCARI JALAN KE SYURGA

yg ni pun terbitan kaki novel. aku order sekali dgn novel sangkar cinta tu. seriously, novel ni betul2 tak mengecewakan aku. aku sgt suka jalan cerita yg sgt lain dari yg lain. cerita ttg heroin yg sebelum ni jahat dan liar, ditimpa kemalangan dan koma 2 tahun. bila dia sedar dari koma, dia hilang ingatan. sikap dan tingkahlaku dia pula berubah 100%. aku paling suka bab last cerita ni. bila heroin berada di ambang maut sekali lagi. bila 2 org lelaki yg berbeza menghulurkan tangan pada dia dan mengajak utk hidup bersama. sgt sweet dan menyentuh perasaan. aku sgt suka novel ni. dan aku bagi 4 setengah bintang! yahoo!

3. ANDAI ITU TAKDIRNYA


 terbitan buku prima dan aku beli novel ni di kedai buku Haris. awal2 lagi mun bgtau aku novel ni mmg best dan mmg aku akui, novel ni sgt2 best! super duper! pada aku, inilah novel paling sedih pernah aku baca. kalah woo novel Pergilah Air Mata tu.. cerita ttg kawin kontrak juga (well.....standardlah kan..).. tp hero cerita ni sgt kurang ajar dan jahat. smpai aku sendiri boleh menjiwai watak heroin ni yg diseksa teruk mental dan fizikal. dari awal smpai akhir baca novel ni, aku mmg tak henti2 menangis. feeling tu!! actually novel ni dah lama pun.. aku ja yg ketinggalan sebenarnya. pada siapa2 yg suka lyn jiwang dan feeling2 tu, novel ni mmg terbaek dari ladang utk korang semua! 5 bintang!

4. RANTING CINTA SI PLUTO

 
maaf, utk novel ni tak ada gmbr sebab aku x jumpa. novel ni terbitan Noorhayati Berahim sendiri dan juga karya beliau. novel NB mmg x pernah mengecewakan aku. aku sgt suka cara penulisan dan olahan cerita yg NB guna. sgt educated dan penuh dgn info. novel ni hero dia berkerja sebagai doktor, heroin pula pakar psikoterapi. jarang2 kan org akan guna pekerjaan tu dlm novel. biasanya mesti businessman, businesswoman.. (standardlah katakan!!!) tp utk novel ni, NB ajak kita selami dunia pekerjaan baru. yg kadang2 susah nak dibayangkan. apa2pun, novel ni mmg menarik utk dibaca. aku sgt suka watak2 dia, heroin taklah terlalu cantik seperti novel2 lain. biasa2 ja. hero pula taklah terlalu kacak dan sempurna. pada aku novel2 NB sgt dekat dgn dunia realiti. tak percaya? silalah baca novel ni... aku bagi 4 bintang. :)

5. LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


novel ni aku baru beli semalam di kedai buku Popular. karya Siti Rosmizah, penulis untuk novel ke 3 tadi - andai itu takdirnya. expectation aku pd novel ni sgtlah tinggi memandangkan aku dah bagi 5 bintang pd novel dia sebelum ni tapi aku hampa. actually, jalan cerita novel ni bgi aku menarik jugalah. tapi aku paling tak tahan dgn gaya olahan cerita ni. tolonglah! dah macam gaya olahan novel BINI AKU TOMBOY KE? sgt propa dan over. aku byk baca review ttg novel ni, kebanyakkannya semua org suka.. lucu lah, romantik lah.. tp bgi aku, ini satu kesilapan. aku lebih suka novel dia sebelum ni, lebih formal pada penceritaan dan bahasa yg diguna masih boleh dikatakan bahasa novel. heroin novel ni jg sgt over dan buat aku meluat. sama juga dgn heronya. walau mcm manapun, jln cerita masih bole diterima. mmglah kdg2 lucu, dan ada juga part2 yg sedih. cuma itulah..novel ni tak sesempurna yg aku harapkan. mungkin aku cuma boleh bagi 3 setengah bintang saja. sorry!

ok, itu semua novel2 yg aku dah baca. smlm aku ada beli satu lagi novel bertajuk Kau Laksana Bulan. tapi belum ada kesempatan utk mula baca. ada 2, 3 buah novel yg aku sdg aim2 skrg. cuma takut mau beli sbb takut aku kecewa dan tertipu lagi dgn sinopsis cerita.

 sebelah ni antara novel2 yg aku teringin nak baca. has anyone read it yet? kalo ada, tlg syorkan pd aku whether it is worth to buy or not. aku paling kecewa bila beli sesuatu yg tak mampu buat aku gembira... baca sinopsis, walaweh... mcm cerita drama korea bersiri pun ada, sekali bila baca.. omg! kalah cerita tamil. apa2pun selamat berkarya utk semua penulis di luar sana. terimalah teguran pembaca dgn hati terbuka. mmg aku ni bukan sempurna utk menilai penulisan org lain, aku cuma mengkiritik sebagai seorang pembaca.

well, bila baca novel2 org lain yg tak best.. kadang2 aku terfikir sendiri, apa kata aku pula hasilkan novel tulisan aku sendiri? jadi aku boleh cipta watak2 sempurna pada pandangan aku. then aku bagi orang lain baca, kemudian dorang pula kritik karya aku. amacm tu? huhuhu...

byk idea2 dan watak2 yg aku dah fikirkan sebenarnya. kadang2 ada juga terniat utk mula menaip kembali. tp masa mencemburui aku. dan kemalasan diri juga sebenarnya. aku rasa ada 2, 3 cerpen lagi yg aku taip dulu tapi sampai skrg belum habis2 lagi sebab aku ketandusan idea utk buat ending cerpen tu. tu baru cerpen.... belum novel.. huhuhu..

apa2pun, selamat membaca semua! :)

Thursday, November 25, 2010

mari berdiam

diam. agak2 boleh tak kita berdiam diri dan pasrah dgn semuanya? bila hati disakiti, dilukai, maruah dicalar, perasaan ego dicabar, dan sebagainya, masihkah kita boleh berdiam diri? well, tepuk dada tnyalah hati masing2. kalo kesabaran itu masih ada, tentu boleh. tapi aku berdiam bukan sbb aku mampu bersabar. tp kerana terlalu bersabarlah aku berdiam. terlalu penat. kata org putih, i'm tired.

penat bukan penat bekerja. bukan penat berfikir. tpi penat menyakiti hati sendiri. kdg2 bila kita terlalu byk bercakap, kita sebenarnya menyakitkan hati sendiri. tak percaya?? sekali lagi, tepuk dada tnyalah hati sendiri. penat bercakap keburukan org lain. penat menyumpah seranah org lain. penat memaki hamun. penat mengumpat. yg akhirnya x dpt sebarang balasan sebaliknya menambahkan dosa2 yg semakin menggunung.

betullah pepatah yg mengatakan lidah itu umpama senjata. kata-kata yg disebut melalui lidah, boleh melukakan hati seseorang. ibarat pisau yg tajam. kita tidak akan rasa sakitnya kalo tidak terkena di batang hidung sendiri. akhirnya, setelah menimbang balik dari segenap sudut, aku terfikir utk menjadi seorang yg lebih diam. diam yg bermakna aku menjadi lebih matang. lebih berfikiran jauh. lebih baik dari sebelumnya.

bila difikir2kan, aku terasa amat beratnya bebanan aku nnt kerana terlalu byk bercakap. apatah lagi bila bercakap ttg sesuatu yg tidak betul atau tidak pasti kebenarannya. biarlah mereka pula yg berkata-kata. cakaplah semahu hati kalian. cakaplah apa saja yg terlintas di fikiran kalian. cakaplah apa saja yg tidak baik ttg aku. aku akan terus berdiam. sbb ada kalanya bila aku membalas dan bertekak, akhirnya aku terlupa bahawa aku juga bukanlah seorang yg sempurna. biarlah kata-kata itu masuk di telinga dan singgah di hati. biarlah ku tapis tnpa kuluahkan kembali.

aku hanya akan bercakap bila perlu. aku hnya akan membisu sahaja selepas ini. jgn tnya kenapa aku berdiam. aku berdiam kerana aku sudah terlalu byk memendam rasa. biarkan aku begini. walau tak pasti utk berapa lama. mungkin esok aku berdiam. mungkin lusa aku membecok kembali. siapa tahu?

Tuesday, November 23, 2010

ais batu campur

aku bukan makan abc pun sebenarnya. cuma perasaan aku skrg bercampur baur. macam abc la juga. ada jagung, ada laici, ada sirap, ada coklat, ada susu cair, ada kacang merah, ada ais, dan mcm2 ada. bak kata pepatah aku, mcm abc seksyen 2 shah alam. terlalu byk yg dicampur. rasanya sedap, tp memuakkan. ok, itulah bayangan perasaan aku skrg.

perpisahan kdg2 menyakitkan dan menyedihkan. dan perpisahan kdg2 buat kita sedar akan kehilangan. apatah lagi berpisah dgn org2 yg byk menghiburkan kita selama ni. tp perpisahan itu perkara normal. cepat atau lambat, yg pasti perpisahan tetap akan berlaku. begitu juga kita dan dunia. kita dan sanak saudara kita. kita dan org2 yg kita sayangi. 1 masa, kita masih terpisah dari mereka. pasti.

lupakan pasal perpisahan. mari berckp ttg tanggungjawab. apa rasanya mencuci tahi org lain? apa rasanya menanggung kesilapan dan kecuaian org lain? sakit dan tentunya rasa amarah yg meluap2 kan. tp ini juga perkara biasa dlm kehidupan. bila seseorang pergi dan x sempat menyelesaikan semuanya, pasti ada org yg akan terkorban. bezanya di sini, pengorbanan ini sungguh menyakitkan hati dan kdg2 kita berkorban dgn rasa hati yg sgt tidak ikhlas.

bagaimana pula dgn perasaan cemburu? kdg2 kita cemburukan org lain. cemburu lihat rezeki org lain yg lebih dari kita. cemburu melihat kebahagiaan org lain. cemburu melihat peluang yg diperolehi oleh org lain. cemburu dgn situasi org lain. cemburu melihat mereka tidak perlu bersusah hati memikirkan ttg apa yg kita fikirkan. bila timbul perasaan cemburu, kdg2 timbul niat tidak baik di hati. berharap mereka ditimpa malang. mengharap mereka membuat pilihan yg salah. itulah namanya cemburu. cemburu yg menyakiti hati sendiri sebenarnya.

ada juga perasaan bongkak dan bangga diri. setiap apa yg kita perolehi, kita sebut2 dan banggakan depan org lain. niat cuma satu, utk melihat org lain pula merasa cemburu. bila mereka cemburu, apa sebenarnya yg kita dpt? puas hati? atau semakin ingin membangga diri?

apa2pun. bersyukurlah dgn siapa kita pada hari ini. bersyukurlah dgn apa yg kita ada pada hari ini. mungkin esok atau lusa kita kehilangan apa yg kita miliki skrg. mungkin esok atau lusa, kita semakin lupa diri dan lupa pencipta. jgn terlalu membangga diri. cukuplah sekadar menerima diri kita sendiri seadanya. cukuplah dgn bersyukur dan redha pada ketentuannya. kerana setiap apa yg berlaku, setiap apa yg kita perolehi itu, semua ada hikmah di sebaliknya. Allah itu satu2nya yg tahu apa yg baik utk kita.

sekadar berpesan pada diri sendiri dan sekadar mengingatkan yg lain. jgn tangisi masa silam. jgn ditenung masa depan. hiduplah dgn apa yg kita ada hari ini. renung2kan dan selamat beramal. :)

Saturday, November 20, 2010

bad habits?

aku yakin, semua org ada bad habits ataupun kebiasaan/perangai/sikap yg kadang2 buat org lain merasa jengkel dan ada jg yg pelik dan takut. well, it's normal kan... kita cuma manusia biasa dan x da yg sempurna.. byk kelemahan. tp bila sebut psl bad habits, 4 me it's depends.. kalo mmg buruk sgt perangai tu, mmglah org lain pun annoying kan...

well, begitu jg dgn aku. satu kebiasaan aku sjk dulu, aku suka gosok mata. isn't it normal? no, it's not. huhu.. sebabnya cara aku menggosok mata mmg buat org lain seram. aku xtau, tp mmg mcm tulah stail aku. aku akan gosok dalam2 dan lama2. then mata aku sendiri pedih. kalo mak aku tgk, mesti dia marah. mcm nak terkeluar biji mata katanya.

another one, aku suka dan dah terbiasa membunyikan tulang2 aku. dari jari2 tgn, pergelangan tangan, siku, bahu, tulang belakang, tulang punggung, lutut, buku lali semua boleh berbunyi. satu ja yg aku tak boleh bunyikan ialah leher. kdg2 bila aku pusing ke belakang, maka akan dengarlah prap prap prap prap prap dari tulang belikat aku. sgt lega.... tp bila org lain dgr, drg pula yg rasa kesakitan. actually bad habit aku yg satu ni mmg x boleh nak dihentikan lagi. time memandu pun aku akan ambik kesempatan bunyikan tulang2 aku... kalo x, mmg rasa sengal2 satu bdn. sebenarnya tabiat ni sgtlah x baik.. buat tulang kita rapuh.. so, kanak2...jgn amalkan ya...

dan sejak jadi pemandu ni, aku ada satu perangai buruk baru. of koz suka memaki. tpi aku rasa normal... dulu masa mula2 bawa kereta, aku rasa akulah mahluk paling senyap. radio pun aku psg pelan ja, konon2 supaya konsentrasi memandu x terganggu. tpi skrg, huh, jgn ckplah la kan berapa volumenya... huhu.. aku ni jg seorang pemandu yg sgt x sabar. aku sgt pantang pd kereta kura2 yg perasan laju dan bawa d lorong kanan. rasa mcm berasap ja.. tgn standby ja mau ketuk hon tp nasib baiklah aku masih berfikiran waras.

sebut psl memandu, walaupun aku seorg yg x sbr, aku seorg yg cermat dan berhemah d jalan raya. masuk lorong aku bg signal. lampu merah aku berhenti. aku cuma akan parking d tmpt parking sahaja. dan bla bla bla bla.. n kerana skp berhemah aku tu, aku sgt benci pemandu yg biadap. masuk lorong sesuka hati tnpa bgi signal. berhenti sesuka hati. lepas tu parking sesuka hati. mcm jalan raya ni bapak dia yg punya. tolonglah bersopan santun sikit. hormat sikit pengguna jln raya lain. mcm aku, walaupun aku jenis x sbr, tp aku bkn jenis biadap sampai nak hon2 org lain. aku kalo dah jumpa pemandu yg betul2 sgt biadap dgn aku ja baru aku hon. sepanjang aku bwa kereta, aku rasa ada 3 kali ja aku hon. 1st hon anjing yg duduk melepak tgh jalan. 2nd aku hon balik kereta yg hon aku. actually aku d lorong kanan n nak masuk kiri, dia pula d lorong kiri. aku bg signal punyalah lama, lgpun simpang yg aku nak masuk tu dah dekat, yg kereta bodoh ni pula sgja laju2 n x bg aku chance. bila aku selekoh sikit, apalagi dia hon aku panjang2. siot betul.... aku balas balikla... ok, tu yg second.. dan yg terakhir aku hon kereta yg lmbt sgt jalan time traffic light walaupun lampu dah lama bertukar jd hijau. entah tidur entah apalah yg pemandu tu buat.

dan satu lgi bad habit aku, aku sgt suka mumbling2 sendiri. means aku suka membebel pd diri sendiri. kdg2 bila org lain dgr aku ckp sorang2, mesti aku kena tnya.. "ko ckp apa tu tiq?" dan aku cuma akan balas aku sdg bermonolog. tp monolog luaran yg bermaksud bercakap dlm hati. bezanya, aku keluarkan kata2 tersebut melalui mulut. kdg2 takut jg kalo org dgr pastu cop aku gila, tapi itulah cara aku luahkan perasaan aku.

actually aku baru ja gosok mata tadi. dan mata aku sgt pedih skrg. erm...mmg tak serik2 kan... apatah lg bila tgk skrin laptop ni, rasa mcm nak tertutup ja mata.. dodoi lagi baik kan. ok, gud nite. :)

Sunday, November 7, 2010

covet. x5. megamind. manukan

4 perkataan yg telah menceriakan hujung minggu aku kali ni. 1stly.. apa lgi kalo bukan covetku yg tercinta.. seperti post aku sebelum ni, sjp covet pure bloom yg aku order sejak bulan posa lepas dah sampai. so pagi jumaat tu aku ke karamunsing. syukurlah bila aku sampai, ngam2 ada kereta kluar parking. walaupun kotak "reserved", aku dgn penuh selamba masuk ja. terus direct pg perfume story utk ambik perfume aku. wah.... i like it! sgt sedap. finally kan! :)

pas dri karamunsing, aku terus pg wawasan plaza pick up siska dan mun. n ke cp seperti yg aku rancang. lepas mkn tgk wayang, cerita krtun megamind. sgt best. sgt sgt sgt best. tp aku benci kepala biru dia yg besar tu! kenapalah biru? dan kenapa besar?

then aku meneruskan pencarian x5 aku. pusing punya pusing, jumpa 1 kedai yg bg harga paling rendah. salesgirl dia sgt biadap dan x hormat pelanggan langsung. ikutkan hati aku, mmg aku blah dan pegi kedai lain.. tp oleh krna harga yg dia bg paling murah, aku sabar jalah. ish, rasa ringan ja tgn ni mau menumbuk dia sebenarnya.. (mcmlah berani sgt!)

pas dpt x5 idaman aku, aku singgah kejap d palm square utk derma darah. well, aku ni kan baik hati.. actually lama sgt rasanya x derma drh..  hehe.. aku ni takut dlm berani sebenarnya. bila jarum tu mula mencucuk, sakit wa ckp lu! tpi xla skit sgt sebenarnya..sekejap ja derma drh, dlm 10 minit ja.. erm..sapa2 yg rasa mcm cukup darah utk didermakan tu, apa lgi.. pegilah derma darah.. jgnlah kedekut sgt.. bukan perlu keluar duit pun.. cuma tahan sakit siiiiiiiikiiit ja dan luangkan sedikit masa.. itu ja pon......
<-----credit given to mun 4 the nice pic!)

pas derma drh aku rasa terhuyung-hayang dan kerana sebab itulah aku terus balik rumah. siska & mun stay tmpat aku mlm tu. malam tu tepat jam 9mlm, kami ambik c amo d hospital dan terus ke grace point utk dinner. walaupun makanan dan abc yg aku pesan x sedap, aku sgt enjoy sbb dpt berabisan ketawa apatah lgi dgn kehadiran c patims yg sot2 tu.

besoknya seperti yg dirancang, kami berkumpul d sutera bayu sekitar jam 8.30pgi. kemudian teruslah ke jesselton point. seriously, ni 1st time aku ke tmpt ni. 1st time naik bot. sgt best. waa.. i like speed! dan 1st time jugalah ke pulau. utk kali ni, kami decided utk ke pulau manukan ja dulu.. maybe next time akan ke mamutik dan sapi pula.. again.....finally!
pulau manukan sgt cantik. air lautnya yg biru sgt mendamaikan jiwa. uuuhh... i like!!! terujanya aku d sana.. next time mmg aku nak terjun dlm tu. sgt byk yg hendak dibuat.. xpa..masih byk masa.. yg penting, at last dpt juga aku ke tempat ni! yabidabedu... kami smpai d manukan kira2 dlm jam 10.30am dan ambik bot jam 12.00tgh hari utk balik. actually bila dgr drg ckp balik pukul 12, dlm hati aku "what the h?" kenapakah awal sgt? tpi, memandangkan siska kena balik ranau sebelum jam 2, aku pun terpaksalah mengiyakan... herm.. apa boleh buat kan...

selepas merayau dan ber'posting2' d sana-sini, akhirnya pukul 12 tgh hari tu kami balik ke kk.. lepas hntr siska ke karamunsing, kami pgi sambung merayau d 1b. mula2 of kozlah cari nasi. lapar gila tahap gaban..huhu.. lepas tu kami tgk wayang sekali lagi. cerita yg sama, megamind! hehe.. aku siap boleh tertidur lgi dlm wayang tu krna mengantuk dan penat yg terlampau. kejap2 terbangun bila dgr org ketawa. tpi movie to mmg best. 2 thumbs up! sila tgk sendiri kalo x percaya ok...
biru kan dia? besar kan kepala dia? huhuhu... tp it's big 4 a reason! anyway, kalo mau tgk cerita ni, better watch in 3d. lagi real dan lagi besar kepala dia..huhu.. pas hbis tgk wayang, kami pulang ke destinasi masing2. maklumlah, seharian suntuk berjalan sana-sini.. apa yg pasti hujung minggu aku kali ni sgt mengembirakan. bermula dari covet, megamind, x5 dan last sekali manukan trip!

thanks to mun, ika, masni dan fatims yg telah menceriakan hari aku. thanks a lot! i luv all of you!! next time kita pegi lagi ar.. you rock!!!!!!!!!!! :)


Friday, November 5, 2010

bila mata terpejam

selamat pagi malaysia.

hari ni aku bangun seawal pukul 5 utk meneruskan misi aku. lepas solat aku terus basuh baju2 aku yg dah bertimbun sejak 2 minggu lepas. sambil2 tunggu mesin basuh berhenti berputar, aku update sikit blog aku. actually mata aku ni sgt2 berat skrg dan rasa mcm mau tidur blk, tp bila terkenangkan kenyataan yg aku dah kehabiskan pakaian, aku terpaksa jg korbankan sang mata dan minta beliau terus bertahan.

hari ni aku ada mission imposible. hehe.terlalu byk yg aku rancangkan dlm kepala otak aku ni sebenarnya. tp xtaulah sama ada aku mampu atau x utk merealisasikan semua. 1st thing, tepat jam 10 aku nak pg karamunsing, ambik perfume aku yg aku order sejak bulan posa lalu. perfume yg telah lama aku tunggu2.. huhu.. then aku nak meneruskan pencarian x5 aku. perghh.. susah gila nak jumpa d kk ni.. d karamunsing yg ada kedai telefon bertimbun2 tu pun, cuma 1 kedai ja yg ada. yg lain ada jg, tp xda stok. erm.. maknanya xda la tu kan. well, mayb aku patut cari d cp atau wisma merdeka. dan aku harap aku jumpa idaman aku d sana.

esok dah plan sama2 kwn utk ke pulau manukan. jadi atau x, wallahualam. kita cuma mampu merancang rite... Allah juga yg menentukan segalanya. lama sgt dah teringin nak pergi sebenarnya. cuma masa tak mengizinkan. aku harap jadi. at least dpt juga aku merayau dan bergumbira bersama kwn2 aku. uhuhu..

berbalik pada topik aku d atas tadi.. herm.. aku tak berapa nak pasti kenapakah aku sgt mengantuk yg teramat2 sejak dua menjak ni. aku tidur bukanlah lmbt sgt. paling lambat pun dalam jam 10.30 mlm aku dah terlelap. tapi keesokan harinya aku masih ttp mengantuk. time memandu pergi kerja tertidur, time morning briefing tertidur, time buat kerja tertidur.. apatah lagi kalau aku termenung dpn pc, mula la tu tersenguk2. alangkah dahsyatnya!

mungkin aku patut tidur. ya, itulah jawapan yg terbaik. lepas selesai cuci baju2 aku ni, aku nak tidur dalam sejam 2 jam. sebelum menjayakan hari yg penuh rancangan ini.