Thursday, November 25, 2010

mari berdiam

diam. agak2 boleh tak kita berdiam diri dan pasrah dgn semuanya? bila hati disakiti, dilukai, maruah dicalar, perasaan ego dicabar, dan sebagainya, masihkah kita boleh berdiam diri? well, tepuk dada tnyalah hati masing2. kalo kesabaran itu masih ada, tentu boleh. tapi aku berdiam bukan sbb aku mampu bersabar. tp kerana terlalu bersabarlah aku berdiam. terlalu penat. kata org putih, i'm tired.

penat bukan penat bekerja. bukan penat berfikir. tpi penat menyakiti hati sendiri. kdg2 bila kita terlalu byk bercakap, kita sebenarnya menyakitkan hati sendiri. tak percaya?? sekali lagi, tepuk dada tnyalah hati sendiri. penat bercakap keburukan org lain. penat menyumpah seranah org lain. penat memaki hamun. penat mengumpat. yg akhirnya x dpt sebarang balasan sebaliknya menambahkan dosa2 yg semakin menggunung.

betullah pepatah yg mengatakan lidah itu umpama senjata. kata-kata yg disebut melalui lidah, boleh melukakan hati seseorang. ibarat pisau yg tajam. kita tidak akan rasa sakitnya kalo tidak terkena di batang hidung sendiri. akhirnya, setelah menimbang balik dari segenap sudut, aku terfikir utk menjadi seorang yg lebih diam. diam yg bermakna aku menjadi lebih matang. lebih berfikiran jauh. lebih baik dari sebelumnya.

bila difikir2kan, aku terasa amat beratnya bebanan aku nnt kerana terlalu byk bercakap. apatah lagi bila bercakap ttg sesuatu yg tidak betul atau tidak pasti kebenarannya. biarlah mereka pula yg berkata-kata. cakaplah semahu hati kalian. cakaplah apa saja yg terlintas di fikiran kalian. cakaplah apa saja yg tidak baik ttg aku. aku akan terus berdiam. sbb ada kalanya bila aku membalas dan bertekak, akhirnya aku terlupa bahawa aku juga bukanlah seorang yg sempurna. biarlah kata-kata itu masuk di telinga dan singgah di hati. biarlah ku tapis tnpa kuluahkan kembali.

aku hanya akan bercakap bila perlu. aku hnya akan membisu sahaja selepas ini. jgn tnya kenapa aku berdiam. aku berdiam kerana aku sudah terlalu byk memendam rasa. biarkan aku begini. walau tak pasti utk berapa lama. mungkin esok aku berdiam. mungkin lusa aku membecok kembali. siapa tahu?

No comments:

Post a Comment