aku bukan makan abc pun sebenarnya. cuma perasaan aku skrg bercampur baur. macam abc la juga. ada jagung, ada laici, ada sirap, ada coklat, ada susu cair, ada kacang merah, ada ais, dan mcm2 ada. bak kata pepatah aku, mcm abc seksyen 2 shah alam. terlalu byk yg dicampur. rasanya sedap, tp memuakkan. ok, itulah bayangan perasaan aku skrg.
perpisahan kdg2 menyakitkan dan menyedihkan. dan perpisahan kdg2 buat kita sedar akan kehilangan. apatah lagi berpisah dgn org2 yg byk menghiburkan kita selama ni. tp perpisahan itu perkara normal. cepat atau lambat, yg pasti perpisahan tetap akan berlaku. begitu juga kita dan dunia. kita dan sanak saudara kita. kita dan org2 yg kita sayangi. 1 masa, kita masih terpisah dari mereka. pasti.
lupakan pasal perpisahan. mari berckp ttg tanggungjawab. apa rasanya mencuci tahi org lain? apa rasanya menanggung kesilapan dan kecuaian org lain? sakit dan tentunya rasa amarah yg meluap2 kan. tp ini juga perkara biasa dlm kehidupan. bila seseorang pergi dan x sempat menyelesaikan semuanya, pasti ada org yg akan terkorban. bezanya di sini, pengorbanan ini sungguh menyakitkan hati dan kdg2 kita berkorban dgn rasa hati yg sgt tidak ikhlas.
bagaimana pula dgn perasaan cemburu? kdg2 kita cemburukan org lain. cemburu lihat rezeki org lain yg lebih dari kita. cemburu melihat kebahagiaan org lain. cemburu melihat peluang yg diperolehi oleh org lain. cemburu dgn situasi org lain. cemburu melihat mereka tidak perlu bersusah hati memikirkan ttg apa yg kita fikirkan. bila timbul perasaan cemburu, kdg2 timbul niat tidak baik di hati. berharap mereka ditimpa malang. mengharap mereka membuat pilihan yg salah. itulah namanya cemburu. cemburu yg menyakiti hati sendiri sebenarnya.
ada juga perasaan bongkak dan bangga diri. setiap apa yg kita perolehi, kita sebut2 dan banggakan depan org lain. niat cuma satu, utk melihat org lain pula merasa cemburu. bila mereka cemburu, apa sebenarnya yg kita dpt? puas hati? atau semakin ingin membangga diri?
apa2pun. bersyukurlah dgn siapa kita pada hari ini. bersyukurlah dgn apa yg kita ada pada hari ini. mungkin esok atau lusa kita kehilangan apa yg kita miliki skrg. mungkin esok atau lusa, kita semakin lupa diri dan lupa pencipta. jgn terlalu membangga diri. cukuplah sekadar menerima diri kita sendiri seadanya. cukuplah dgn bersyukur dan redha pada ketentuannya. kerana setiap apa yg berlaku, setiap apa yg kita perolehi itu, semua ada hikmah di sebaliknya. Allah itu satu2nya yg tahu apa yg baik utk kita.
sekadar berpesan pada diri sendiri dan sekadar mengingatkan yg lain. jgn tangisi masa silam. jgn ditenung masa depan. hiduplah dgn apa yg kita ada hari ini. renung2kan dan selamat beramal. :)
ngam2...
ReplyDeletesa suka...
ko suka sy lgi suka! idup mun!
ReplyDelete