Saturday, November 20, 2010

bad habits?

aku yakin, semua org ada bad habits ataupun kebiasaan/perangai/sikap yg kadang2 buat org lain merasa jengkel dan ada jg yg pelik dan takut. well, it's normal kan... kita cuma manusia biasa dan x da yg sempurna.. byk kelemahan. tp bila sebut psl bad habits, 4 me it's depends.. kalo mmg buruk sgt perangai tu, mmglah org lain pun annoying kan...

well, begitu jg dgn aku. satu kebiasaan aku sjk dulu, aku suka gosok mata. isn't it normal? no, it's not. huhu.. sebabnya cara aku menggosok mata mmg buat org lain seram. aku xtau, tp mmg mcm tulah stail aku. aku akan gosok dalam2 dan lama2. then mata aku sendiri pedih. kalo mak aku tgk, mesti dia marah. mcm nak terkeluar biji mata katanya.

another one, aku suka dan dah terbiasa membunyikan tulang2 aku. dari jari2 tgn, pergelangan tangan, siku, bahu, tulang belakang, tulang punggung, lutut, buku lali semua boleh berbunyi. satu ja yg aku tak boleh bunyikan ialah leher. kdg2 bila aku pusing ke belakang, maka akan dengarlah prap prap prap prap prap dari tulang belikat aku. sgt lega.... tp bila org lain dgr, drg pula yg rasa kesakitan. actually bad habit aku yg satu ni mmg x boleh nak dihentikan lagi. time memandu pun aku akan ambik kesempatan bunyikan tulang2 aku... kalo x, mmg rasa sengal2 satu bdn. sebenarnya tabiat ni sgtlah x baik.. buat tulang kita rapuh.. so, kanak2...jgn amalkan ya...

dan sejak jadi pemandu ni, aku ada satu perangai buruk baru. of koz suka memaki. tpi aku rasa normal... dulu masa mula2 bawa kereta, aku rasa akulah mahluk paling senyap. radio pun aku psg pelan ja, konon2 supaya konsentrasi memandu x terganggu. tpi skrg, huh, jgn ckplah la kan berapa volumenya... huhu.. aku ni jg seorang pemandu yg sgt x sabar. aku sgt pantang pd kereta kura2 yg perasan laju dan bawa d lorong kanan. rasa mcm berasap ja.. tgn standby ja mau ketuk hon tp nasib baiklah aku masih berfikiran waras.

sebut psl memandu, walaupun aku seorg yg x sbr, aku seorg yg cermat dan berhemah d jalan raya. masuk lorong aku bg signal. lampu merah aku berhenti. aku cuma akan parking d tmpt parking sahaja. dan bla bla bla bla.. n kerana skp berhemah aku tu, aku sgt benci pemandu yg biadap. masuk lorong sesuka hati tnpa bgi signal. berhenti sesuka hati. lepas tu parking sesuka hati. mcm jalan raya ni bapak dia yg punya. tolonglah bersopan santun sikit. hormat sikit pengguna jln raya lain. mcm aku, walaupun aku jenis x sbr, tp aku bkn jenis biadap sampai nak hon2 org lain. aku kalo dah jumpa pemandu yg betul2 sgt biadap dgn aku ja baru aku hon. sepanjang aku bwa kereta, aku rasa ada 3 kali ja aku hon. 1st hon anjing yg duduk melepak tgh jalan. 2nd aku hon balik kereta yg hon aku. actually aku d lorong kanan n nak masuk kiri, dia pula d lorong kiri. aku bg signal punyalah lama, lgpun simpang yg aku nak masuk tu dah dekat, yg kereta bodoh ni pula sgja laju2 n x bg aku chance. bila aku selekoh sikit, apalagi dia hon aku panjang2. siot betul.... aku balas balikla... ok, tu yg second.. dan yg terakhir aku hon kereta yg lmbt sgt jalan time traffic light walaupun lampu dah lama bertukar jd hijau. entah tidur entah apalah yg pemandu tu buat.

dan satu lgi bad habit aku, aku sgt suka mumbling2 sendiri. means aku suka membebel pd diri sendiri. kdg2 bila org lain dgr aku ckp sorang2, mesti aku kena tnya.. "ko ckp apa tu tiq?" dan aku cuma akan balas aku sdg bermonolog. tp monolog luaran yg bermaksud bercakap dlm hati. bezanya, aku keluarkan kata2 tersebut melalui mulut. kdg2 takut jg kalo org dgr pastu cop aku gila, tapi itulah cara aku luahkan perasaan aku.

actually aku baru ja gosok mata tadi. dan mata aku sgt pedih skrg. erm...mmg tak serik2 kan... apatah lg bila tgk skrin laptop ni, rasa mcm nak tertutup ja mata.. dodoi lagi baik kan. ok, gud nite. :)

No comments:

Post a Comment