Monday, January 24, 2011

khurafat

wah, hampir bersawang blog aku! huhuhu... hujung minggu lepas, aku dan kwn2 aku sempat menonton filem khurafat. yalah, dah 1 malaysia kecoh2 ttg filem tu, teringin juga aku nak tgk... nak tau jg sejauh mana keseramannya. boleh bagi 2 thumbs up atau x. actually aku tak berani sgt nak tgk. sebab aku bukanlah spesis berani. sebut filem hantu, "oookk..maybe next time.." tapi kerana review2 yg menyakinkan dan rasa ingin tahu yg membuak2 buat aku setuju dgn mereka utk tgk filem ni.

filem ni taklah lama sgt. 1 jam 20 minit saja. tpi pengisiannya bagus. sepanjang menonton filem tu, adalah dalam 3 tau 4 kali saja aku 'ternampak' hantu tu. dan hampir sepanjang masa aku tutup mata. hahaa... rugi saja tgk kan... walaupun tutup mata, sound effect dan jeritan2 dari penonton lain sudah cukup membuktikan yg filem ni mmg betul2 seram. aku sendiri akui hakikat ni. ucapan tahniah pd Shamsul Yusof yg telah berjaya membuatkan bulu roma aku tegak selama tempoh 1 jam 20 minit ni. chayo!

jln cerita filem ni mudah. ttg khurafat atau dgn kata lain mensyirikkan Allah. percaya dan memohon pertolongan dari benda/mahluk lain selain Allah. dosa mensyirikkan Allah adalah dosa terbesar. cerita berkisar ttg cinta 3 segi. mudah dan tak berbelit2. senang difahami.

dlm byk2 scene, aku paling sentap bila scene Johan dukung mayat Anna, tiba2 mayat tu terlepas dari tangan dia dan terjatuh ke bawah bukit. ya Allah, alangkah dashyatnya rasa sakit yg jenazah tu alami. mesti dia betul2 tersiksa. dan aku sgt suka ending filem ni. sgt berbekas di hati. aku cuba letakkan aku di tempat Johan. bagaimana rasanya bila melakukan dosa terbesar di muka bumi, dan belum sempat utk bertaubat, nyawa kita sudah di ambil-Nya. bayangkan betapa dashyatnya seksaan yg kita terima nnti. scene terakhir bila Johan blk ke kampung dan meratap di jenazah sendiri, buat aku teingat.. mati itu mmg sesuatu yg pasti. datang bila2. tanpa sebarang petanda. tanpa sebarang isyarat.

aku suka mesej filem ni. mmg betul2 kena dgn tajuknya. dan boleh meninggalkan kesan mendalam pada sanubari insan yg betul2 menghayati dan memahami maksud khurafat. bukan sekadar rasa seram pd hantu yg ditampilkan. pada siapa2 yg belum tgk, bolehlah tengok. pada aku memang tidak rugi. tapi siapa2 yg penakut mcm aku, lupakan sajalah niat kalian... huhu...

Saturday, January 1, 2011

2011 masih hip hop

selamat tahun baru semua.. ada azam baru? ada semangat baru? ada keinginan baru? well, tak pyhlah susah2 nak berazam. tak ada gunanya kalo x cuba berusaha. pada aku, x perlu tunggu tahun baru utk buat azam baru. bila2 masa ja boleh. semua tu dari diri sendiri jg.

azam aku? belum fikir lagi. sebab bagi aku x ada bezanya 2010 dan 2011. perbezaan yg paling ketara cuma tahun ni angka umur akan bertambah lagi. smlm tgk d fb, semua org sibuk celebrate new year. tgk fireworks lah.. outing la.. dan mcm2 lagi. serius shit aku x berminat dgn perkara2 tu. daripada menyusahkan diri berjaga tunggu detik 12 tghmlm, lebih baik aku tidur. setakat new year, apalah sgt? lainlah kalo detik tengah malam 31 ogos, ada juga relevannya di situ.

sepanjang 2010 ni, mcm2 berlaku. pada diri aku, pd keluarga aku, pd kerja aku dan pada masyarakat di sekeliling aku. jujur aku cakap, aku seorang yg malas utk mengambil tahu perkembangan dunia semasa. masa org sibuk2 dgn piala thomas, aku tetap no feeling. menang kalah pun aku malas nak ambil tahu. masa world cup hari tu, pun aku tak kisah sgt. dan langsung x pernah tgk pun. sapa juaranya? jgn tanya sebab aku x tau. haha.

dan baru2 ni ttg piala suzuki, malaysia vs indon. haha.. serius shit aku tak berminat. waktu semua org sibuk dgn kapten pasukan malaysia tu, aku rasa aku cuma tersengih. perasaan berkobar2, gembira pun x ada. cuma aku gembira 31hb diumumkan sebagai public holiday. btw, tahniah sajalah utk team malaysia. tahun ni menang la byk kali lagi, supaya selalu dpt additional public holiday. yipiii....

aku rasa kekerapan aku baca berita nasional setiap bulan boleh dibilang dgn jari. cuma kdg2 bila timbul isu yg menggemparkan, aku akan follow sama ada baca online atau baca suratkhabar. berita terakhir yg aku follow ttg kes pembunuhan kejam Dato' Susilawati. utk tgk berita di tv, aku x mampu. aku takut aku termuntah. haha.. sebab berita tv lebih byk propaganda dari realiti. bijak permainkan fikiran rakyat. membuat aku muak dan rasa menjengkelkan yg teramat. 

ok, kita tinggalkan dulu cerita psl berita. kata x kisah, tp mcm kisah jg.. haha.. by the way, aku ada wishing list utk tahun ni. salah satu daripadanya, aku teringin ke simpang mengayau. bila, bagaimana, dgn siapa, aku x pasti. dan aku hendak ke pulau sekali lagi. satu2nya pulau yg aku belum jejaki ialah pulau sapi. aku teringin mandi manda sambil snorkling di sana. selain dari tu, tahun ni jg aku nak pegi ke desa cattle. serius shit dah lama aku teringin nak ke sana. sejak zaman sekolah dulu.. tpi x pernah sampai.. insya-allah aku akan cuba plan ke sana dgn kwn2.

benda yg aku nak beli pula ada banyak. salah satunya rumah. tapi semua tu masih kabur2 lagi. mungkin bukan dalam tahun ni, aku pun x pasti. perubahan utk tahun ni mungkin ada, cuma masih belum nampak. aku takut berazam, takut tinggal azam saja (padahal itu semua hanya alasan).

apa2pun, aku harap tahun 2011 ni lebih baik dari tahun2 sebelum ini. semoga kerjaya aku bertambah baik. semoga hubungan aku dgn semua makhluk juga semakin baik. kita doakan yg terbaik utk diri dan keluarga masing2. dan yg paling penting, bersyukurlah kita masih bernafas dan menikmati nikmat-nikmat yg dipinjamkan oleh Allah hingga ke hari ini.

selamat tahun baru semua. semoga apa yg kita impikan akan jadi kenyataan. amin.