Monday, January 24, 2011

khurafat

wah, hampir bersawang blog aku! huhuhu... hujung minggu lepas, aku dan kwn2 aku sempat menonton filem khurafat. yalah, dah 1 malaysia kecoh2 ttg filem tu, teringin juga aku nak tgk... nak tau jg sejauh mana keseramannya. boleh bagi 2 thumbs up atau x. actually aku tak berani sgt nak tgk. sebab aku bukanlah spesis berani. sebut filem hantu, "oookk..maybe next time.." tapi kerana review2 yg menyakinkan dan rasa ingin tahu yg membuak2 buat aku setuju dgn mereka utk tgk filem ni.

filem ni taklah lama sgt. 1 jam 20 minit saja. tpi pengisiannya bagus. sepanjang menonton filem tu, adalah dalam 3 tau 4 kali saja aku 'ternampak' hantu tu. dan hampir sepanjang masa aku tutup mata. hahaa... rugi saja tgk kan... walaupun tutup mata, sound effect dan jeritan2 dari penonton lain sudah cukup membuktikan yg filem ni mmg betul2 seram. aku sendiri akui hakikat ni. ucapan tahniah pd Shamsul Yusof yg telah berjaya membuatkan bulu roma aku tegak selama tempoh 1 jam 20 minit ni. chayo!

jln cerita filem ni mudah. ttg khurafat atau dgn kata lain mensyirikkan Allah. percaya dan memohon pertolongan dari benda/mahluk lain selain Allah. dosa mensyirikkan Allah adalah dosa terbesar. cerita berkisar ttg cinta 3 segi. mudah dan tak berbelit2. senang difahami.

dlm byk2 scene, aku paling sentap bila scene Johan dukung mayat Anna, tiba2 mayat tu terlepas dari tangan dia dan terjatuh ke bawah bukit. ya Allah, alangkah dashyatnya rasa sakit yg jenazah tu alami. mesti dia betul2 tersiksa. dan aku sgt suka ending filem ni. sgt berbekas di hati. aku cuba letakkan aku di tempat Johan. bagaimana rasanya bila melakukan dosa terbesar di muka bumi, dan belum sempat utk bertaubat, nyawa kita sudah di ambil-Nya. bayangkan betapa dashyatnya seksaan yg kita terima nnti. scene terakhir bila Johan blk ke kampung dan meratap di jenazah sendiri, buat aku teingat.. mati itu mmg sesuatu yg pasti. datang bila2. tanpa sebarang petanda. tanpa sebarang isyarat.

aku suka mesej filem ni. mmg betul2 kena dgn tajuknya. dan boleh meninggalkan kesan mendalam pada sanubari insan yg betul2 menghayati dan memahami maksud khurafat. bukan sekadar rasa seram pd hantu yg ditampilkan. pada siapa2 yg belum tgk, bolehlah tengok. pada aku memang tidak rugi. tapi siapa2 yg penakut mcm aku, lupakan sajalah niat kalian... huhu...

No comments:

Post a Comment