Sunday, December 2, 2012

Slipped Disc @ Cakera Tergelincir

Salam ahad semua. Pagi ni saya sangat rajin oleh itu saya membuat keputusan untuk menulis entri berkaitan slipped disc. Sejak disahkan slipped disc pada awal Mei lalu, inilah perkataan yang sering saya cari di enjin carian Google hp saya. Beratus-ratus artikel dan blog saya baca, ada yang menceritakan pengalaman, ada yang menjual barangan untuk membantu proses pemulihan, ada yang menawarkan rawatan alternatif dan banyak lagi.

Saya tak berminat nak terangkan pasal slipped disc ni sebab saya yakin saya sendiri tak pandai nak jelaskan dengan terang dan terperinci. Saya cuma nak kongsikan kisah dan pengalaman saya sendiri, selaku salah seorang pesakit slipped disc.

Pada 9 Mac 2012, sewaktu berlari masuk ke bilik air untuk mencuci tangan selepas memakai kanta lekap, saya tergelincir dan jatuh terbaring. Sangat sakit ok. Masa tu rasa macam ada dengar bunyi "prap" dari belakang. Susahnya nak bangun tapi saya gagahkan juga kaki untuk ke bilik dan baring di katil sekejap.

Kerana kedegilan yang amat sangat dan kekerasan kepala batu saya ni, walaupun dengan belakang yang amat super duper sakit, saya teruskan juga perancangan pada hari tersebut, iaitu driving ke Kudat untuk join wedding best friend saya, Nana. Masa duduk drive tu memang tak terasa sangat sakitnya, tapi bila berdiri, Allah saja yang tahu.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa 3 jam lebih. Sampai di rumah penginapan kami di Simpang Mengayau, saya terus berehat dan baring di katil untuk redakan kesakitan. Tapi yang pelik tu, sakit2 macam tu masih sempat lagi bersuka ria ber'photo-shoot' segala.. Yalah, 1st time kan sampai Simpang Mengayau.. Manalah tau ini kali pertama dan terakhir jejakkan kaki ke sini.

Ting tong ting tong... selepas dua hari di Kudat, saya pun balik la ke KK. Nasib baik masih ada baki cuti, jadi sepanjang tiga hari di rumah, saya cuma berehat dan tidur dan baring dan makan dan menjadi super pemalas. Tapi kesakitan belum reda. Jadi selepas seminggu menahan rasa sakit, dan setelah dipujuk-rayu oleh ibu saya, saya ke Permai Polyclinic untuk cek. Takut ada tulang retak ka apa ka.. Sadis tu.. Buat x-ray, dan doktor cakap tulang belakang saya normal, tak ada masalah. Mungkin otot yang bengkak, jadi doktor pun bagilah pain killer dan beberapa jenis ubat lagi, yang sudah semestinya saya tak makan.

Selepas beberapa hari, belakang saya dah tak sakit lagi. Dah boleh berdiri tegak macam biasa. Sangat ajaib sebab saya tak makan ubat langsung! Hahaaa... Tapi selepas sebulan, saya driving balik kg d  Ranau, saya mula sakit belakang balik. Kali ni memang tak boleh tahan sebab berjalan pun terpaksa membongkok. Langsung tak boleh nak berdiri tegak.

Oleh sebab sakit yang teramat, saya pun ke klinik yang saya pergi sebelum ni. Jumpa doktor, dan bagitau simptom2, dan doktor tu terpaksa suruh saya jumpa pakar tulang belakang. Keesokkannya, saya ambik mc dan berbekalan surat rujuk pakar dan surat jaminan dari PMcare, saya ke SMC dan berjumpa Dr. Hoari Krishan.

Dia tanya saya itu ini, ting tong ting tong ayat yang keluar dari mulut dia ialah "Saya suspect kamu kena slipped disc. Kamu kena buat mri scan hari ni." Masa tu masih dungu lagi, yalah first time kan dengar perkataan tu jadi otak ni taklah dapat pick up sangat.

Pendekkan cerita, keputusan mri saya pun keluar dengan laporan "Lumbar disc degeneration L4-L5, L5-S1. Cental disc prolapse L5-S1." Perkataan prolapse yang tak boleh tahan tu.. Masa doktor cakap pasal tu, fikiran saya melayang-layang. Setiap butir perkataan umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hahaa.. Sebabnya, macam tak boleh terima kenyataan kan...

Jadi, begitulah ceritanya macam mana slipped disc saya terjadi. Kalau rajin dan sempat, saya akan sambung entri untuk rawatan dan proses penyembuhan saya. Selaku pesakit, saya tahu info ini berguna terutama untuk mereka-mereka yang baru mula disahkan slipped disc.

Ok...jadi... morale of the story...  :

1. Jangan berlari di dalam bilik air. Akibatnya sangat dashyat. (n fyi, smpai hari ni sy masih menyesal. sob sob.. )

2. Jangan duduk atau memandu dalam tempoh yang lama. (berehatlah sebentar bersama Kit Kat)

3. Jangan degil, dah tahu sakit cepat-cepatlah jumpa doktor. (bajet badan kebal mcm gaban la tu....)

dan yang paling penting...

4. Hargailah tulang belakang anda.. Jangan bila dah slipped disc baru terhegeh-hegeh nak minum susu, nak jaga postur tubuh segala.  Start it from now..!


Ok, rasanya itu sajalah untuk kali ini... jumpa lagi. Wassalam. :)

Sunday, November 25, 2012

Hujan November

No update for almost one year. Terlalu sibuk, terlalu malas, terlalu kekeringan idea atau terlalu berdukacita dengan nasib yang menimpa? Tepuk dada tanyalah hati.. hahaaa.. sbnrnya terlalu byk perkara yg berlaku spjg tahun ini. Suka dan duka silih berganti. Ada yg pahit ada yg manis. Adatla manusia. Setiap hari mencipta memori.

Apa yg pasti, salah satu perkara yg benar-benar mengubah 360darjah kehidupan ini ialah bila disahkan mengalami cakera tergelincir atau dlm bahasa lainnya, slipped disc. Dengar macam tak sakit sangat kan.. bukan kanser pun.. tapi serius, hanya orang yang mengalami benda yang sama saja akan faham betapa sakit dan menjengkelkan sungguh rasa sakit itu.

Segala pergerakan menjadi terbatas. Baring sakit, berjalan sakit, duduk lama sakit, bergolek-golek apatah lagi kan. Dan pada masa inilah juga tidur mula terganggu. Emosi menjadi semakin tidak stabil. Ya, dan episod tekanan perasaan bermula lagi.

Sebaik sahaja disahkan slipped disc, dunia seakan berhenti berputar. Setiap masa, ayat doktor seakan terngiang-ngiang di cuping telinga. "Secara jujurnya, slliped disc tak akan sembuh," Ya, doktor itu sangat jujur. Jujur sejujurnya. Benar, dia jujur. Tapi perlukan dia sejujur itu dan memberi impak yang sangat besar pada perasaan ini?

Kerana "percaya" dan "termakan" dgn kata-kata doktor yang sangatt negatif, minda mula "disetkan" dengan satu anggapan, keadaan tidak akan kembali seperti biasa. Walau sebanyak mana pun kata-kata nasihat dan dorongan yang diberikan, tapi percayalah selagi mana minda ini terus-menerus menganggap begitu...maka begitulah kejadiannya.

Sehingga satu hari pesanan ringkas dari sang ibu yang tulus benar-benar memberi keinsafan. "Sakit itu datangnya dari Allah. Kalau Allah izinkan sembuh, walau sesakit manapun, tetap akan sembuh. Bersabar dan berdoalah."

Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Terima kasih semua yang tak henti-henti berdoa dan berusaha memberi sokongan dan dorongan di saat diri ini amat memerlukan.

Ya, diluar sana hujan masih turun lebat. Tapi yakinlah, hujan akan berhenti dan pelangi akan muncul semula. Satu hari nanti. Itu pasti. :)