Sunday, November 25, 2012

Hujan November

No update for almost one year. Terlalu sibuk, terlalu malas, terlalu kekeringan idea atau terlalu berdukacita dengan nasib yang menimpa? Tepuk dada tanyalah hati.. hahaaa.. sbnrnya terlalu byk perkara yg berlaku spjg tahun ini. Suka dan duka silih berganti. Ada yg pahit ada yg manis. Adatla manusia. Setiap hari mencipta memori.

Apa yg pasti, salah satu perkara yg benar-benar mengubah 360darjah kehidupan ini ialah bila disahkan mengalami cakera tergelincir atau dlm bahasa lainnya, slipped disc. Dengar macam tak sakit sangat kan.. bukan kanser pun.. tapi serius, hanya orang yang mengalami benda yang sama saja akan faham betapa sakit dan menjengkelkan sungguh rasa sakit itu.

Segala pergerakan menjadi terbatas. Baring sakit, berjalan sakit, duduk lama sakit, bergolek-golek apatah lagi kan. Dan pada masa inilah juga tidur mula terganggu. Emosi menjadi semakin tidak stabil. Ya, dan episod tekanan perasaan bermula lagi.

Sebaik sahaja disahkan slipped disc, dunia seakan berhenti berputar. Setiap masa, ayat doktor seakan terngiang-ngiang di cuping telinga. "Secara jujurnya, slliped disc tak akan sembuh," Ya, doktor itu sangat jujur. Jujur sejujurnya. Benar, dia jujur. Tapi perlukan dia sejujur itu dan memberi impak yang sangat besar pada perasaan ini?

Kerana "percaya" dan "termakan" dgn kata-kata doktor yang sangatt negatif, minda mula "disetkan" dengan satu anggapan, keadaan tidak akan kembali seperti biasa. Walau sebanyak mana pun kata-kata nasihat dan dorongan yang diberikan, tapi percayalah selagi mana minda ini terus-menerus menganggap begitu...maka begitulah kejadiannya.

Sehingga satu hari pesanan ringkas dari sang ibu yang tulus benar-benar memberi keinsafan. "Sakit itu datangnya dari Allah. Kalau Allah izinkan sembuh, walau sesakit manapun, tetap akan sembuh. Bersabar dan berdoalah."

Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Terima kasih semua yang tak henti-henti berdoa dan berusaha memberi sokongan dan dorongan di saat diri ini amat memerlukan.

Ya, diluar sana hujan masih turun lebat. Tapi yakinlah, hujan akan berhenti dan pelangi akan muncul semula. Satu hari nanti. Itu pasti. :)

No comments:

Post a Comment