Tuesday, April 26, 2011

oh my pets!

2 minggu lepas, aku, Jure & Siska sempat menonton filem animasi RIO. bagi aku yg cukup gemarkan filem2 animasi apatah lagi genre komedi, filem ni aku bagi 4 thumbs up! wah, smpai naik ibu jari kaki. mmg kelakar gila dan menyentuh perasaan. oleh kerana aku seorang animalover, maka sudah tentunya cerita tentang haiwan buat aku teruja! :)

rio ialah cerita ttg seekor burung kakak tua berwarna biru yg diculik dari habitat beliau dan dijual kepada sebuah keluarga utk dijadikan haiwan peliharaan. wah, skema plak ayat aku.. erm.. maka nak dijadikan cerita, burung itu pun dijadikan haiwan kesayangan seorang budak perempuan bernama linda. dan linda menamakan burung itu sebagai blu kerana bulunya yg biru.

oleh sebab dijaga dgn baik oleh manusia, blu x pndai terbang dan hidup selesa dgn tuannya, linda. blu pun mula lupa habitat sebenar dan hakikat yg beliau adalah seekor burung hinggalah satu tragedi berlaku. tragedinya sungguh rumit jdi kalo nak tau tengok jalah sendiri crita ni. pendek kata, blu syg linda, linda syg blu. part plg best sekali bila blu kata pada kawan dia mcm ni "i'm not just her pet, i'm her companion." wah, syahdunya aku rasa... andai akulah linda, mesti aku menangis teresak2 bila haiwan kesayangan aku ckp mcm tu. erm.. lupakan saja imaginasi mengarut tu.

apa yg aku nak highlight sebenarnya ialah betapa "betulnya" kata2 blu tu. aku sendiri treat haiwan peliharaan aku mcm family members. yes, aku berckp dgn dorg walaupun aku tau sepatah haram pun dorg tak fhm. tapi aku tau, haiwan terutamanya yg dipelihara mempunyai perasaan yg sensitif. kalo tak, masakan ada yg pndai merajuk, marah, sedih dan sebagainya.

aku pernah kehilangan seekor arnab bernama koko. aku nangis sekuat hati. bukan lagi sekuat hati tpi hampir separuh mati. dan tau apa abg aku ckp pada aku? he said this "menangis mcm apa ja, arnab ja pun!" ya, aku tau beliau cuma seekor arnab. seekor binatang. bukannya aku buta tak tau membandingkan antara manusia dan haiwan. tapi aku menangis sbb aku sygkan arnab aku tu. syg sgt. syg yg tak dpt digambarkan dgn kata2. kalo tak syg masakan aku menangis. dan aku tau, cuma org yg ada haiwan peliharaan dan sygkan haiwan saja yg fhm perasaan tu.

skrg di rumah aku ada 3 ekor kucing. pitung si mama, sanji si abang dan chopper si adik. masing2 ada perangai pelik tersendiri. dan ketiga2nya aku syg sepenuh hati. aku pernah kehilangan lapi, yg hampir membuatkan aku demam kerana kesedihan. mujurlah masih ada pitung dan anak2nya yg comel sebagai pengganti.

balik dari kerja, aku akan cari mereka. sebelum tidur, cari lagi. bila bosan aku kacau atau berkejaran dgn mereka. bila sedih aku peluk dan menangis dgn mereka. bila gembira aku lambung2 mereka. pendek kata, haiwan peliharaan aku bukan setakat diberi makan dan diberi tempat tidur. tapi lebih dari itu. bila ada yg sakit, aku pun turut terasa sakitnya. sebabnya mudah, mereka sudah bagaikan sebahagian dari kehidupan aku.

ya, betullah kata blu. pet is not just a pet. they are our companions! dan atas dasar itulah, aku mengakui bahawa aku terlalu rindukan mereka saat ini. T_T

Monday, April 11, 2011

oh politikus!

sebentar tadi lepas bagi makan kucing2 aku, aku duduk sekejap depan tv. hasrat di hati nak tgk Top Chef tapi rancangan tu baru ja habis. jadi aku pun mula menukar2 ke saluran lain dan akhirnya "TER"singgah sekejap d buletin utama tv3 suku. maaf, aku bukannya seorang yg mengikuti perkembangan dunia semasa..apatah lg berita ttg dunia politikus. tapi tadi bila berita ttg kisah video s**s yg melibatkan DSAI, aku tertarik sekejap.

apa yg menarik di Malaysia ni, apabila muncul isu panas seperti ni, muncullah masyarakat yg prihatin dan pandai mengulas, memberi pandangan, mengkritik dan bermacam2 lagi. sampai ada pula yg mengutarakan idea BERNAS iaitu dgn mengadakan ujian kebenaran, mungkin mcm yg dipraktikkan oleh polis d barat. entah kenapa aku rasa sgt lucu. hampir saja terhambur ketawa aku, tapi oleh kerana aku cepat menekan punat off, maka aku pun x jadi ketawa.

kenapa aku rasa lucu? yalah, isu mengarut mcm ni ramai pula yg prihatin kan.. polis pun sibuk siasatan org tu, sibuk siasat org ni.. padahal kes2 lain masih byk yg PENDING. apa cer kes altantuya? apa cer kes nurul jazlin? apa cer kes pasal sumpah menyumpah oleh sang sesumpah hari tu? ni tmbah lagi kes baru.. tak monang tangan ler jawabnya nnti.. hehee...

teringat aku zaman belajar d UiTM dulu. setiap kali kelas CITU, bermulalah bahas-membahas yg sgt panas dan berapi. biasalah, student U memang sibuk sikit hal politikus ni.bila ada presentation, berlakulah adengan2 sindir-menyindir, sentap-menyentap dan mcm2 lagi. sentap-menyentap ni pula berlaku bila dlm kelas tersebut ada 2 pihak, pihak kerajaan dan pihak pembangkang. aku? walaupun aku berada dlm side tertentu, aku cuma diam, memerhati dan mengikuti perkembangan ttg apa yg dibahaskan mereka. sbb aku tak petah berbicara mcm mereka.

satu masa dulu, aku antara mereka2 yg sgt mengikuti perkembangan dunia politikus. setiap hari aku akan singgah ke kedai mamak utk beli news ttg politik. tapi skrg aku dah mula muak dan bosan. bosan dgn politik di Malaysia yg kotor, keji, hina, penuh fitnah, penindasan, penipuan, keganasan, kebodohan dan mcm2 lagi lah. maaf lagi sekali sebab aku menaip sesedap rasa. tapi aku cuma katakan apa yg aku rasa. bila agaknya dpt melihat sistem politik tanpa rasuah, tanpa fitnah dan tanpa penindasan di negara kita ni agaknya?

wallahualam. aku pun tak tau. biarlah mereka2 terus bermain sandiwara. aku pun dah x kisah lagi. kita tunggu dan lihat saja siapa yg benar dan siapa yg salah. Allah itu kan Maha Adil dan Saksama. walauapapun, aku rasa kepercayaan aku pd DSAI msih ada. andai dia org yg teraniaya, maka aku berdoa agar org yg menganiaya beliau sempat menginsafi diri sebelum kembali pada-Nya. sesungguhnya dosa menfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh.

maaf sekali lagi. aku bukan pakar politik. aku tandus, aku kering. tapi aku punya sukalah kan nak ckp pasal apapun. kan? oh ya, sebelum tu aku peace dululah! (*_*)V

Saturday, April 9, 2011

aku bukan harry potter!

hari ni ada seorang customer dtg jumpa aku. kalo dtg dgn muka cuak dan gelabah gila tu, aku tau sgt pasal apa. ni mesti kes duit kena telan ni. dan sah! itulah hajat beliau. aku suruh isi borang utk buat report dan maklumkan proses refund biasanya mengambil masa 5 hari bekerja. dan seperti biasa customer tu akan buat muka terkejut dan nada suara akan makin meninggi. dgn muka cuak dia, dia kata by hook or by crook, dia nak duit dia tu balik hari ni juga. apa dia ingat aku ni harry potter boleh buat magic macam tu????

aku cuba fahamkan dgn sebaik mungkin proses yg berlaku. bukannya bila duit ditelan di mesin atm atau cdm, aku dgn selambanya boleh buka mesin tersebut dan bagi duit tu pada dorang. setiap perkara, mesti ada proses, mesti ada prosedur. pergilah ke mana bank sekalipun, proses refund bukan boleh dilakukan dlm hari yg sama. semua bank standard. sama. malah, ada yg lebih lama dari tu. tak percaya? pergilah tanya sendiri. tolong bgtau aku mana bank yg boleh refund duit yg kena telan di mesin atm atau cdm dlm hari yg sama. timeout transaction pun at least makan masa sehari, inikan pula cash jammed atau swallowed mcm tu ja...

pernah seorang customer dtg pd aku, dgn masalah yg sama. dia bercakap pun mcm bukan bercakap, tapi dah lebih mcm menjerit. dia suruh aku bayangkan rasanya berada di tempat dia. dan dia ckp kalo dah tau mesin atm tu nak rosak, jgnlah pasang, atau tutup sajalah bank. wah, apa dia ingat bank ni bapak aku yg punya? dia ingat aku ni boleh baca fikiran mesin atm tu? kalo nak bercakap pun, biarlah kena pada lojiknya. betol x?

aku faham perasaan customer yg alami kes mcm ni. aku sendiri pun pernah kena. masa tu aku try cucuk duit ni atm maybank, x dpt. aku try pula d atm affin bank. tak dpt juga. tapi bila cek baki, duit dah kena potong. dalam hati memang menyumpah seranah mesin tu. nak tak nak, terpaksa juga aku ke bank utk buat report. dan biasanya bila kes yg melibatkan 2 bank (contohnya kad bank CIMB, atm Maybank) akan mengambil masa yg lebih lama. paling kurang pun 14 hari bekerja. wah, masa tu mmg geram gila aku. budget nak buka akaun d maybank, tiba2 duit kena telan, terpaksa cancel. dekat 3 minggu baru duit yg ditelan tu dikredit blik dlm akaun aku. but at least, masuk juga balik kan.. bukan ghaib mcm tu ja. so, yg nak gelabah sgt tak tentu pasal kenapa?

aku tau, aku faham. mungkin diorang yg gelabah2 ni perlukan duit tu secepat mungkin. urgent. desperate. or whatever. tapi proses tetap proses. prosedur tetap prosedur. aku boleh tolong utk minta pihak2 tertentu percepatkan proses, aku boleh tlg buat follow up dgn mereka tentang status aduan diorang, tapi maaf aku tak boleh bagi duit tu on the spot. aku tak ada magic wand mcm harry potter. dan aku bukan gaban, boleh buat semua benda. 

hari ni kerana customer tadi, aku cuba juga usahakan supaya kes beliau selesai secepat mungkin, aku kol sana, kol sini, minta bantuan itu dan ini. syukurlah semua pihak beri kerjasama... sepatutnya paling cepat pun duit dia boleh refund hari isnin, tapi kesudian pihak2 yg membantu sedikit sebanyak meringankan beban aku yg terpaksa menjawab panggilan beliau setiap 5 minit. akhirnya selesai juga.

cuma aku pelik, kalo dah tau desperate sgt nak guna duit tu hari ni, yg dia bank in guna mesin cdm tu buat apa?? bank in pula ke akaun sendiri.. tidakkah pelik namanya tu???

erm.. apa2pun, cuma satu perkara yg aku nak highlight di sini. aku bukan ahli sihir. aku bukan ahli magik. aku tak dpt "pling!!!!" dan "tadaaaa...". kadang2 aku perlukan pemahaman customer walaupun customer is always right. cuba fhm sikit cso mcm aku ni. aku tak mungkin dpt buat semuanya dlm sekelip mata. sebabnya mudah, aku bukan harry potter!

selamat malam semua. 

Saturday, April 2, 2011

Lawakkah maharaja lawak?

1st week of maharaja lawak. tapi masih kecewa kerana program ni x disiarkan di saluran prima mulai minggu ketiga. malas nak membebel panjang, aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya persembahan semua perserta tadi walaupun tak ikut urutan persembahan sebab aku dah lupa.

1. jambu - ok ok jer....... lawak memang lawak, tapi taklah lawak sgt pon.. biasa2 ja bagi aku..
2. man - maaf, sejak dulu aku kurang berkenan dgn lawak dia. lawak pak pandir. lawak basi. lawak dolu2 yg biasa sgt aku dgr. tak percaya? google sendiri. lawak2 mcm tu bersepah2 di internet.
3. amir - masih amir yg dulu.. no improvement.. kalo next week bukan dia yg keluar aku tak taulah..
4. xn3 - ok ok jer.... tak ada punch line yg kuat sgt pun. sengih2 sikit jalah. but much better than amir.
5. jozan - lawakkah? erm.. aku rasa masa diorang mengacarakan raja lawak lebih lawak dri persembahan minggu ni. honestly, aku sedikit kecewa (sebab aku die hard fan diorang!)
6.  jihan - wah, jihan nampak lebih kurus dari sebelum ni! eh, out of topic... herm.. ok ok jugaklah.. taklah teruk sgt, taklah lawak sgt...
7. alex - aku hairan kenapa beliau memilih utk merepek2 minggu ni. ok, dats not funny.
8. wai - why u all like dat?????? ee... menyampahnya aku.. bikin malu org sabah ja.. the worst performance for me. huh!
9. r2 - aku ketawa walaupun aku dah pernah dgr lawak2 tu sebelum ni. mungkin cara penyampaian diorang amat berkesan.. cuma idea2 diorang ni sama mcm man. lawak basi. lawak old school. lawak dolu2. lawak2 diorang aku dah pernah dgr sejak zaman bangku sekolah lagi. erm.. kita tgk setakat mana mereka bertahan..
10. sepah - antara peserta fevret aku. terima kasih sepah kerana tak melucas kali ni. aku suka lawak diorang. sama mcm dulu.. walaupun taklah lawak sgt, tapi sekurang2nya bukan lawak ciplak. betol tak betol?
11. balas - oh terima kasih balas kerana buat aku ketawa lagi... two thumbs up!
12. nabil - wah! aku seakan menonton semula gelanggang raja lawak 2.. aku lebih suka lawak nabil yg mcm ni. fresh, sempoi dan yg paling penting lawak. dan aku suka setiap kali dia guna loghat nogori. sodap betol tolingo den dongar.(hampeh betol bahasa nogori aku!)

pada aku kesimpulan utk minggu pertama begini:

boleh harap - balas, nabil & sepah
nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh - jambu, r2, man
syok sendiri - jozan, xn3 & jihan
sila beratur utk pergi - wai, amir, & alex

see u next week.harap2 next week aku boleh gelak lebih sikit.