Saturday, April 2, 2011

Lawakkah maharaja lawak?

1st week of maharaja lawak. tapi masih kecewa kerana program ni x disiarkan di saluran prima mulai minggu ketiga. malas nak membebel panjang, aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya persembahan semua perserta tadi walaupun tak ikut urutan persembahan sebab aku dah lupa.

1. jambu - ok ok jer....... lawak memang lawak, tapi taklah lawak sgt pon.. biasa2 ja bagi aku..
2. man - maaf, sejak dulu aku kurang berkenan dgn lawak dia. lawak pak pandir. lawak basi. lawak dolu2 yg biasa sgt aku dgr. tak percaya? google sendiri. lawak2 mcm tu bersepah2 di internet.
3. amir - masih amir yg dulu.. no improvement.. kalo next week bukan dia yg keluar aku tak taulah..
4. xn3 - ok ok jer.... tak ada punch line yg kuat sgt pun. sengih2 sikit jalah. but much better than amir.
5. jozan - lawakkah? erm.. aku rasa masa diorang mengacarakan raja lawak lebih lawak dri persembahan minggu ni. honestly, aku sedikit kecewa (sebab aku die hard fan diorang!)
6.  jihan - wah, jihan nampak lebih kurus dari sebelum ni! eh, out of topic... herm.. ok ok jugaklah.. taklah teruk sgt, taklah lawak sgt...
7. alex - aku hairan kenapa beliau memilih utk merepek2 minggu ni. ok, dats not funny.
8. wai - why u all like dat?????? ee... menyampahnya aku.. bikin malu org sabah ja.. the worst performance for me. huh!
9. r2 - aku ketawa walaupun aku dah pernah dgr lawak2 tu sebelum ni. mungkin cara penyampaian diorang amat berkesan.. cuma idea2 diorang ni sama mcm man. lawak basi. lawak old school. lawak dolu2. lawak2 diorang aku dah pernah dgr sejak zaman bangku sekolah lagi. erm.. kita tgk setakat mana mereka bertahan..
10. sepah - antara peserta fevret aku. terima kasih sepah kerana tak melucas kali ni. aku suka lawak diorang. sama mcm dulu.. walaupun taklah lawak sgt, tapi sekurang2nya bukan lawak ciplak. betol tak betol?
11. balas - oh terima kasih balas kerana buat aku ketawa lagi... two thumbs up!
12. nabil - wah! aku seakan menonton semula gelanggang raja lawak 2.. aku lebih suka lawak nabil yg mcm ni. fresh, sempoi dan yg paling penting lawak. dan aku suka setiap kali dia guna loghat nogori. sodap betol tolingo den dongar.(hampeh betol bahasa nogori aku!)

pada aku kesimpulan utk minggu pertama begini:

boleh harap - balas, nabil & sepah
nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh - jambu, r2, man
syok sendiri - jozan, xn3 & jihan
sila beratur utk pergi - wai, amir, & alex

see u next week.harap2 next week aku boleh gelak lebih sikit. 

3 comments:

  1. huhuhu....x sempat tgk pun...ades..

    ReplyDelete
  2. Jambu best per??..lawak x cilok drpd internet n pandai wat mimik muka...

    ReplyDelete
  3. yap, jambu mmg best! terbaek dari ladang... :) cuma bgi sy 1st week tu tak berapa sgt..

    ReplyDelete