Sunday, May 15, 2011

hari ibu, hari nurse, hari guru bla bla bla....

aku rasa bulan mei ni macam2 hari ada. 8 mei lepas hari ibu, pastu hari jururawat, then hari guru, lepas ni hari apa entah aku pun tak tau. 8 mei lepas, apa korang buat utk sambut hari ibu? aku? aku duduk diam di rumah goyang kaki ja.. nak sambut pun buat apa, bukannya ada apa2 perkara istimewa di hari tersebut berkaitan dgn mak aku. lainlah kalo hari jadi mak aku.

semua org sibuk post d wall fb dan twitter masing2. wish happy mother's day pastu bagi ucapan ala-ala air hingus nak terkeluar.. pegh. jiwang gila. kalo mak dia baca apa yg dia tulis tu tak apala juga. maaf, aku tak buat semua tu. even say "happy mother's day" pun tak. what for??? it's just a wish. daripada aku ckp benda2 alah mcm tu, baik aku duduk atas sejadah berdoa utk mak aku. ni tak, bila hari ibu, time tu lah baru nak ingat kat mak masing2. time tu juga la baru terhegeh-hegeh nak cari hadiah utk mak. barulah nak balik rumah jenguk mak dan bawa mak pegi tmpt2 special tu dinner. ah, nonsense betul.

kalau nak menghargai segala jasa dan pengorbanan ibu dan bapa kita selama ni, tak perlu tunggu hari ibu atau hari bapa. kalau rasa2 nak hadiahkan sesuatu, bagi ja bila2. tak pyhlah tunggu tarikh2 tertentu baru nak bagi. setakat nak ucap "mum, i luv u." atau "mum, thanks for everything" pun kena tunggu tarikh special juga ke? hari2 biasa tak boleh nak cakap?

pelik kan. ikut sangat la budaya barat tu. kalo macam tu next time buatlah hari anak pula. masa tu barulah ibu bapa kita pula ucap "selamat hari anak. terima kasih kerana menjadi anak yg baik." boleh tak macam tu?? aku tak kisahlah pada sesiapa yg nak sambut hari-hari tu. bukannya aku menghalang pun. dan aku tak kisahlah pasal asal usul hari ibu ni. walaupun pernah terdengar2 berasal dari ibu mary entah sapa2 entah tu.

whatever la. yg penting aku sayangkan mak dan ayah aku setiap masa. setiap detik. dan setiap hembusan nafas aku. aku tak perlukan hari ibu atau hari bapa utk tunjukkan rasa kasih sayang aku terhadap mereka. cukuplah dgn sepotong doa utk kedua ibu bapa setiap kali selesai bersolat. itu sudah memadai. mak aku tak perlukan intan permata di hari ibu. ayah aku tak perlukan kereta ferrari di hari bapa. mereka cuma perlukan perhatian, kasih sayang dan doa dari anak2 mereka sepanjang masa.

jadi mari kita2 sama berdoa. bukankan itu lebih baik???

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Amin. 

No comments:

Post a Comment