kami sampai di National Park kira2 pukul 8 pagi. selepas urusan pendaftaran, guide, potter, walking stick dan breakfast, kami terus ke pondok Timpohon utk memulakan pendakian. sblm mula mendaki, kami buat sedikit renggangan utk memanaskan badan. dan tepat 9.30pagi, kami mula bergerak meninggalkan pondok timpohon.
di pondok timpohon bersama rombongan ekspedisi
awal pendakian, aku leading. trek mendaki di tengah2 hutan, tiada pemandangan lain selain hutan belukar. sekitar 50 meter pertama, ada air terjun yg cantik. mula2 aku rasa ok, tp satu demi satu memintas aku dan akhirnya aku jadi org paling last. dan sekitar 700 meter, aku give up. serius shit masa tu aku betul2 dah x larat. aku x boleh bernafas, tekak rasa loya dan nak muntah, kaki aku menggiggil hebat dan pandangan aku berpinar2. masa tu dlm kepala aku cuma nak turun balik ke timpohon. aku tau yg aku takkan larat teruskan perjalanan. tapi berkat motivasi yg diberikan mountain guide serta kak marlina dan kak kamisah, aku dpt teruskan hingga ke pondok pertama.
aku berehat di pondok pertama sekitar 3-5 minit dan kemudian teruskan perjalanan. perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 1 jam utk 1 km. aku sampai di pondok kedua kira2 pukul 11 pagi. makan beberapa keping coklat, then teruskan pendakian. pendakian utk 2 km pertama lebih kepada tangga yg semakin lama semakin curam.
nampak mudah.. tpi sebenarnya sgt memenatkan. km2.5
nasib kami agak baik hari tu sbb cuaca baik dan x hujan. syukurlah. jauh dari timpohon ke laban rata ialah 6km. nmpk seperti dekat saja kan. tp bila mendaki, sgt terasa jauhnya. di pondok ketiga singgah berehat dan mkn roti dan sebiji telur rebus. sempat jg bg makan tupai tanah. aku x tau yg lain berada di mana. masa tu, aku sorang ja. yg di depan sudah semakin jauh tinggalkan aku. yg di belakang, sudah semakin jauh aku tinggalkan mereka.
oh sudah separuh jalan rupanya! yahoo...
sekian lama mendaki sendirian, akhirnya aku jumpa anis dan ikin di pondok keempat. oh yeah.. finally kan! aku ingat drg dah sampai, rupanya masih dlm perjalanan jg.. oleh kerana aku sedar diri yg aku lambat, aku duluan jalan dri dorang. dan seperti yg aku agak, tak lama lepas tu, dorang potong aku balik. wahaha.. ni bukan pertandingan sapa cepat sebenarnya. tp aku tak mau ketinggalan jauh.
aku bukan berlakon. aku mmg separuh mati menahan penat. serius.
pendakian semakin curam dan menyakitkan hati. di km 4 merupakan trek yg sgt mencabar iaitu jalan batu2 kuning. aku tak sempat ambil gmbr sebab terlalu penat. semakin tinggi aku mendaki, cuaca semakin sejuk. pemandangan pula semakin cantik. sekali-sekala terserempak dgn pendaki2 yg turun. ada jg yg ramah dan memberi semangat. di pondok seterusnya aku jumpa balik ikin, anis, kakak dan suprise..ayum!! haha.. dan ayum lah teman aku sepanjang km 5 hinggalah tiba ke gunting lagadan.
di km 4.5. credit given to nina (our potter) yg tlg ambil gmbr ni
tupai tanah yg boleh ditemui sepanjang pendakian terutama di pondok. dan mereka pandai meminta makanan!
km 5. trek batu sungai yg besar2. sgt memenatkan utk mendaki. nun di bwh sana ialah ayum yg kepenatan.
km 5.5. kabus semakin tebal. suhu semakin rendah. pemandangan semakin indah. and of koz lutut semakin longgar.
setelah lebih 5 jam mendaki, akhirnya aku dan ayum sampai di laban rata sekitar pukul 4 ptg. masa tu hujan sdh mula turun renyai2. aku dan ayum singgah berehat di laban rata. serius shit baru sedar tahap kelaparan yg teramat. lepas rehat2 jap, dan pakai baju hujan (hujan semakin lebat), kami teruskan pendakian utk ke gunting lagadan (hostel tmpt menginap). aku ingatkan dekat, tpi masya-allah...jauhnya lagi....! tingginya tangga ke hostel tu.. tp syukurlah akhirnya sampai setelah bersusah pyh.
tmpt penginapan kami agak menarik. tak seteruk yg aku sangkakan. ada katil, selimut, selipar, dapur siap dgn peralatan, dan tandas yg bersih. cuma xda heater. so, setiap kali ke tandas, aku akan masak air. haha.. gosok gigi pun guna air panas. serius shit sgt sejuk. suhu pd waktu malam mencecah 8 darjah celcius. petang tu kami turun ke laban rata utk makan malam. nice food. nice view.
pemandangan di luar restoran laban rata. did u see the waterfall? cantik kan? (pict taken from ikin's album)
makan mmg sedap tpi bila tiba masa utk pulang semula ke hostel mmg menyakitkan hati. aduh, daku tak sanggup mendaki tangga itu lagi! dan atas sebab itulah kami semua berpakat utk tidak turun sarapan hari esok.
mendaki tangga ke gunting lagadan. sgt memenatkan. (pict taken from ikin's album)
suhu pada waktu malam mencecah 5 darjah celcius. aku x tipu, sgt sejuk!
bermalam di gunung mmg x membuatkan aku teruja langsung. walaupun dilapisi 3 helai baju tebal, 2 helai seluar, 2 pasang stoking, sarung tangan dan selimut yg tebal, kesejukkan masih terasa. apatah lagi dgn kaki yg masih sakit akibat mendaki seharian. pukul 1.30 pagi, kami bangun dan bersiap sedia utk mendaki ke puncak. oleh kerana malas turun ke laban rata utk sarapan, kami makan megi (yg dibeli dgn harga rm3 sebungkun di laban rata) dan makanan2 yg ada.
magie mmg sedap dimakan ketika penat, lapar dan sejuk. tpi langsung x memberi tenaga.
lepas makan dan dibebel oleh azman stupid yg marah sbb ada antara kami yg x bwa headlight, kami memulakan pendakian ke puncak sekitar 2.45 pagi. cuaca yg melampau sejuknya mmg sgt mencabar aku. hinggakan ada ketikanya aku terpaksa merangkak utk teruskan pendakian. semakin jauh pendakian, suhu semakin rendah dan nafas aku mula tercungap2. kepala aku sakit seperti masuk angin, tangan dan kaki aku bergegar, pinggang mulai sakit dan tekak mula terasa loya. setelah berfikir sedalam2nya ttg keburukan utk teruskan (termasuk hasutan dan ugutan jahat azman si mountain guide), akhirnya aku ambil keputusan utk tidak teruskan pendakian. masa tu baru lebih kurang 500 meter dari gunting lagadan.
aku turun seorang diri, balik ke hostel. sepanjang perjalanan turun, timbul pula rasa menyesal sebab mengalah terlalu awal. tapi masa tu dah terlambat, aku tak kan dpt kejar yg lain lagi.. dan akhirnya aku pasrah. sekitar pukul 8.30 pagi, dorang yg lain mula turun. berita dari ebby, ikin, kakak dan nisa pun terkandas di sayat2, sedangkan cuma sekitar 1 km lagi utk ke puncak. tapi xapalah, apa boleh buat kan.. at least sudah cuba sedaya upaya. walaupun tak sampai ke puncak, aku tetap berbangga dgn diri aku..
mula2 masa mendaki, aku sgt menyesal ikut ekspedisi ni. pada aku "tiada penyakit cari penyakit". tapi lepas tu, aku rasa ni merupakan salah satu pengalaman dan kenangan yg paling berharga dlm hidup aku. pada aku, utk buat sesuatu, segalanya terpulang pada kehendak dan kesungguhan diri sendiri. walaupun sebelum ni aku pernah ckp utk tidak naik lagi, tapi bila dikenang2 semula, aku rasa sgt x puas hati x sampai ke puncak. dan aku yakin ini bukan pendakian aku yg terakhir. gunung kinabalu, tunggu kedatanganku kembali!
ok... sila nikmati gmbr2 pemandangan yg cukup indah d puncak kinabalu.. aku kidnap gmbr2 ni dari album ikebal, ikin dan mereka2 yg sampai ke puncak. anyway, tahniah semua! :)
mentari yg baru memunculkan diri...
puncak kinabalu...
mereka2 yg berjaya menawan puncak kinabalu
cantik kan??
umpama sebuah lautan...
mereka yg kesejukan..huhuhu
cantik kan??
umpama sebuah lautan...
mereka yg kesejukan..huhuhu
dan itu saja! insya-allah jika tidak ada aral melintang, aku akan kembali cuba utk menawan puncak kinabalu pada jun 2011. kali ini dgn sedikit pengalaman yg ada, aku tak akan terlalu mudah mengalah. ada sapa2 mau join??